BEKAS ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Ismail Zakaria menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital swasta di Cheras Selatan, tengah hari tadi akibat serangan jantung.
Allahyarham yang berusia 60 tahun merupakan jurulatih bola sepak yang berpengalaman dan cukup dikenali kerana pernah membimbing beberapa pasukan tempatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) seperti Sime Darby FC, Kuala Lumpur, Kuantan FA dan UiTM FC.
Selain itu, Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Kejurulatihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2017.
Malah, Allahyarham juga sering bertindak selaku tenaga pengajar (instructor) bagi kursus-kursus kejurulatihan yang diadakan.
Antara kejayaan yang dikecapi Allahyarham ketika bergelar jurulatih adalah mengemudi Sime Darby FC muncul juara Liga FAM 2010, naib juara Piala FA (2012) dan naib juara Liga Premier 2013 lalu.
Semoga ALLAH SWT merahmati rohnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Aug 20 2022

Allahyarham yang berusia 60 tahun merupakan jurulatih bola sepak yang berpengalaman dan disegani.

AWANI Ringkas: Sesi sekolah bermula 8 pagi bukan keutamaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap [INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007864/8967789641675428256449_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap
![[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022 [INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007863/8967789641675428201872_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Statistik Bankrap 2020-Mei 2022

Thaipusam | Membuat kavadi perlukan dedikasi tinggi
Selepas dua tahun, kavadi berwarna-warni bakal kembali menceriakan sambutan Thaipusam kali ini. Diringi muzik tradisional, penganut Hindu akan menunaikan nazar mengikut niat masing-masing dengan menjunjung paal koodam, kavadi dan mencukur rambut.

PRN: BN Selangor sedia runding PH agihan kerusi
Perjumpaan dengan PH akan dimuktamadkan selepas semua komponen BN bersetuju mengenai jumlah kerusi bakal ditandingi BN.

Penjara Sg Buloh | Jumlah banduan 36% melebihi kapasiti maksimum 4,200
Jumlah banduan yang ditempatkan di Penjara Sungai Buloh mencecah 36 peratus melebihi kapasiti maksimum, iaitu 4,200 banduan. Namun, menurut Jabatan Penjara Malaysia, masalah kesesakan di Penjara Sungai Buloh telah dikurangkan melalui pelbagai langkah yang merupakan sebahagian daripada reformasi penjara.

Serbuan Imigresen | SUHAKAM bimbang kebajikan 36 kanak-kanak Indonesa di Depoh
SUHAKAM amat bimbang dengan keadaan dan kebajikan 36 kanak-kanak yang kini ditempatkan di Depoh Imigresen Lenggeng berikutan penahanan 67 warga Indonesia oleh Jabatan Imigresen selepas serbuan awal pagi yang dijalankan di sebuah penempatan di Nilai Spring pada 1 Februari 2023. Di samping memperakui tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen, SUHAKAM ingin menekankan tanggungjawab Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dalam menjamin kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.

Jenazah Presiden MAA, Aishah Ahmad dikebumikan di Arab Saudi hari ini
Jenazah Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia di Jeddah akan dikebumikan di Arab Saudi hari ini.

TVET | Perlu tekankan konsep ‘sekolah ke kerjaya’
Sudah tiba masanya konsep sekolah ke kerjaya ditekankan kerana ia akan memberi ruang pelajar terlibat dalam kerjaya yang diminati ketika masih di alam persekolahan, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan.

Polis kenal pasti, kesan individu baling botol kaca ke jalan raya
Polis telah mengenal pasti individu dalam video tular yang membaling sebuah botol kaca dari balkoni sebuah kediaman ke arah jalan raya dan pengesanan terhadapnya sedang giat dilakukan.

Bola sepak negara hilang 'pakar' dengan pemergian Ismail Zakaria
Ismail adalah seorang jurulatih dikenali kerana kemahiran tinggi yang dimiliki dalam aspek teknikal berbanding sentuhan dan magisnya ketika membimbing pasukan.

Ismail Zakaria meninggal dunia akibat serangan jantung
Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak pantai kebangsaan, Ismail Zakaria meninggal dunia.

Demi bapa tersayang, anak sanggup berhenti sekolah
Kehidupan dua remaja tidak seperti rakan seangkatan lain apabila terpaksa berkorban menjaga bapa mereka yang menderita sakit kronik.

Sime Darby perlukan sentuhan baharu
Jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria dinasihatkan supaya berundur, itu pandangan yang dilontarkan bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri.

Pemain bermotivasi tinggi Sime Darby diturunkan jumpa pasukan handalan
Pengendali Sime Darby FC, Ismail Zakaria gembira dengan perwatakan yang ditunjukkan anak buahnya.