Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa membuka pintu kepada kelab-kelab sukan di negara ini yang ingin mendapatkan khidmat sokongan sains dan perubatan sukan dalam usaha mencungkil bakat baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Shapawi Ismail berkata pihaknya sedia memberi khidmat sokongan daripada pelbagai aspek sains sukan melalui pendekatan saintifik seperti penyesuaian fizikal, pemakanan dan perubatan sukan.
"ISN bersikap terbuka dan sedia memberi nasihat dan khidmat kepakaran sains dan perubatan sukan kepada kelab-kelab termasuk kelab rekreasi yang memerlukan kepakaran kita.
"Dalam hal ini, kita tiada halangan untuk membantu dan mereka boleh datang dan berunding (dengan ISN)...kita akan salurkan mereka kepada pakar-pakar tertentu," katanya lagi.
Bagaimanapun, Ahmad Shapawi berkata keutamaan ISN dalam memberi khidmat kepakaran berhubung sains dan perubatan sukan itu adalah kepada sukan berprestasi tinggi.
Beliau berkata penekanan terhadap sains dan perubatan sukan itu adalah penting untuk membina kekuatan bagi meningkat keupayaan serta prestasi seseorang atlet untuk bersaing.
"Jika kita mempunyai masa dan tenaga yang lebih serta tidak bertindih dengan tumpuan terhadap pembangunan sukan berprestasi tinggi, kita sedia membantu (dalam aspek sains dan perubatan sukan)...itu kepakaran yang kita ada," katanya.
Beliau berkata ISN juga menyambut baik langkah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang sedia membantu kelab badminton untuk mencungkil bakat baharu dan melahirkan pemain pelapis bagi menerajui cabaran negara di persada antarabangsa.
Ahmad Shapawi berkata sebagai agensi yang mempunyai kepakaran dalam aspek sains sukan, ISN amat menggalakkan kelab berkenaan menggunakan kaedah saintifik dalam mencungkil bakat baharu dan ia selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk melahirkan atlet pelapis negara.
"Sebelum ini pun, kita telah memberi khidmat sains dan perubatan sukan bukan sahaja kepada Kelab Nusa Mahsuri tetapi kepada kelab lain seperti skuasy dan gimnastik.
"Malah, baru-baru ini empat pelumba motor berkuasa tinggi yang ingin mengelilingi dunia datang meminta nasihat daripada kita berhubung kaedah pemakanan dan sebagainya...kita bantu," katanya.
Beliau berkata jurulatih atau pengendali kelab atau akademi sukan seperti bola sepak juga digalakkan mendalami aspek sains perubatan dan teknologi sukan untuk melahirkan bakat baharu dalam sukan bola sepak.
"Mereka (jurulatih) memberi tunjuk ajar berdasarkan kecenderungan kanak-kanak ini untuk bermain bola sepak serta berdasarkan bayaran daripada ibu bapa kanak-kanak terbabit sedangkan kanak-kanak ini berpotensi untuk menceburi sukan lain.
"Jadi, kita galakkan mereka menggunakan proses yang betul seperti mengadakan ujian fizikal dan modul-modul tertentu dalam menguji bakat kanak-kanak ini.
"Kita ada kepakaran dalam memberi pandangan yang saintifik mengenai keupayaan seseorang kanak-kanak itu. Kita boleh tahu potensi mereka dan daripada situ, kita boleh kembangkan bakat yang ada pada kanak-kanak ini," katanya.
Bernama
Wed Jan 16 2013
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Ahmad Shapawi keluar dari persaraan, rebut jawatan Presiden MPM
Bekas Ketua Pengarah MSN Datuk Ahmad Shapawi Ismail keluar dari persaraan apabila bakal merebut kerusi nombor satu Majlis Paralimpik Malaysia (MPM).
Pembangunan sukan lebih penting berbanding jadi hos sukan Komanwel 2026
Shapawi mengalu-alukan hasrat kerajaan untuk beri tumpuan kepada pembangunan sukan selepas menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
MSN pertimbang Karnival Sukan Wanita sebagai acara tahunan
Pihak MSN terharu apabila karnival yang diadakan buat julung kalinya pada tahun ini mendapat sambutan menggalakkan, daripada semua negeri.
MSN terima jaminan penajaan LTdL 2023 mencukupi - Ahmad Shapawi
Majlis Sukan Negara (MSN) selaku penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 mengesahkan telah mendapatkan jaminan bahawa penajaan mencukupi untuk memastikan penganjuran perlumbaan itu.
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bajet 2023: Balas kepercayaan dengan prestasi membanggakan - KP MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menuntut atlet negara membalas kepercayaan kerajaan yang menyediakan peruntukan RM154 juta bagi pembangunan sukan dengan mempamerkan prestasi dan disiplin yang baik.
Malaysia belum bersedia wujud industri sukan negara - Persidangan
Ahmad Shapawi berkata, mengasaskan industri sukan terlebih dahulu perlu kelengkapan ekosistem.
Tidak timbul isu pemenang pingat Komanwel sertai Sukma - KP MSN
Tidak timbul sebarang isu di sebalik pemenang pingat di temasya sukan berprestij seperti Sukan Komanwel menyertai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang akan membuka tirai Sabtu ini.