awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri bersalin anak kembar, penjaga gol tinggalkan padang ketika rakan rai kemenangan

Israr Khalid
Israr Khalid
07/02/2019
01:15 MYT
Isteri bersalin anak kembar, penjaga gol tinggalkan padang ketika rakan rai kemenangan
Joe Day berlari meninggalkan padang selepas perlawanan Piala FA antara Newport County dan Middlesbrough di Rodney Parade, Newport, Britain, 5 Feb, 2019. REUTERS
KETIKA rakan sepasukan bersorak girang di dalam bilik persalinan meraikan kejayaan mara ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA, penjaga gol Newport County, Joe Day bergegas meninggalkan mereka untuk bersama isterinya.
Penjaga gol berusia 28 tahun itu langsung tidak tahu bahawa isterinya melahirkan anak kembar mereka ketika perlawanan dengan Middlesbrough sedang berlangsung yang berkesudahan 2-0 pada Selasa.
Namun sejurus wisel penamat dibunyikan, Day meminta izin pengurus kelab, Michael Finn untuk meninggalkan pasukan dan menuju ke hospital.
"He said gaffer, thank you so much, can I go please?" Newport County goalkeeper Joe Day cut his celebrations short as his wife went into labour during the game! Now that is dedication to the cause #DontMugOffTheCup pic.twitter.com/rotTqYtjAR
— Football on BT Sport (@btsportfootball) February 5, 2019
Bercakap kepada BT Sport selepas kemenangan itu, Finn memaklumkan bahawa Day sangat profesional kerana mematikan telefon bimbitnya dan hanya mengetahui berita selepas perlawanan tamat.
“Saya tidak menyembunyikannya, dia yang mematikan telefonnya.
“Sejurus perlawanan tamat, kami menang, dia berkata ‘Tuan terima kasih banyak, boleh saya pergi sekarang?’ Saya katakan ‘Sudah pasti boleh, awak perlu saya hantar?'”
Pada Rabu, Persatuan Penyokong Kelainan Upaya Newport County mendedahkan gambar anak kembar yang baru lahir itu dengan kapsyen: ’Tahniah penjaga gol kami Joe Day dan isterinya Lizzie, anak kembar mereka dilahirkan ketika perlawanan Piala FA malam tadi.’
Congrats to our Keeper Joe Day and his wife Lizzie there twin girls were born during our FA Cup replay last night UTC pic.twitter.com/alEIs4WNr2
— NCAFC DSA (@AmberDSA) February 6, 2019
Pasukan yang bersaing dalam ‘Football League Two’ itu meraikan kejayaan itu secara besar-besaran kerana menundukkan kelab ‘Championship’ Middlesbrough.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Rodney Parade itu, Newport mendominasi permainan dari mula hingga akhir dengan Robbie Willmott dan Padraig Amond menjadi wira untuk menempatkan diri di pusingan kelima berdepan penyandang juara Liga Perdana, Manchester City.
Day merupakan pemain yang paling lama berkhidmat untuk Newport, menyertai kelab itu secara pinjaman pada Ogos 2014 sebelum menjadi pemain tetap pada Disember tahun sama.
Topic Berkaitan
#anak kembar
#bola sepak
#isteri bersalin
#Joe Day
#Manchester City
#Middlesbrough
#Newport County
#Piala FA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan