awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu doping: 'Saya masih fikirkan lagi' - Sazali Samad

Bernama
Bernama
29/12/2015
07:44 MYT
Isu doping: 'Saya masih fikirkan lagi' - Sazali Samad
Sazali berkata beliau masih memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan yang tepat mengenai rayuan penggantungannya. - Gambar Fail
Selepas seminggu dikenakan hukuman penggantungan selama empat tahun, jaguh bina badan negara Sazali Samad masih belum memutuskan sama ada untuk membuat rayuan atau tidak berhubung kegagalan ujian dopingnya.
Sazali, 48, dikenakan hukuman gantung empat tahun bermula 22 September lepas iaitu tarikh keputusan ujian berkenaan didapati positif.
Ketika dihubungi Bernama, atlet itu berkata beliau masih memerlukan sedikit masa untuk membuat keputusan yang tepat mengenai rayuan penggantungannya.
Beliau diberikan tempoh selama tiga minggu bermula hari hukuman tersebut dijatuhkan iaitu pada 21 Dis lepas sehingga 10 Jan tahun hadapan untuk mengemukan rayuan kepada Persatuan Bina Badan Malaysia (PBBM).
"Saya masih fikirkan lagi," katanya ringkas dan menegaskan beliau tidak mahu diganggu dan minta diberikan masa untuk menenangkan fikiran setelah melalui detik hitam dalam karier bina badannya.
Sazali sebelum ini menerima keputusan tersebut tanpa bantahan dan atlet itu juga tidak berhasrat membuka ujian sampel B.
PBBM menerusi Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) melakukan ujian doping pada 1 Sept lepas sebelum kontinjen negara berlepas ke Tashkent, Uzbekistan bagi menyertai Kejohanan Asia Ke-49 dari 29 Sept hingga 5 Okt.
Untuk rekod, Sazali tidak pernah terkecuali melakukan ujian doping bersama Adamas dan setiap tahun beliau akan diuji sekurang-kurangnya dua kali sebelum menyertai Kejohanan Asia dan Kejohanan Dunia.
Sazali pernah memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali iaitu di Melaka pada 2000; Moscow, Rusia (2004); Ostrava, Republik Czech (2006); Jeju, Korea Selatan (2007); Dubai (2009); Varanasi, India (2010); Melaka (2011); Bangkok, Thailand (2012), Budaors, Hungary (2013) dan Mumbai, India (2014).
Beliau yang digelar 'Orang Besi Malaysia' juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia pada 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.
Topic Berkaitan
#bina badan
#PBBM
#Persekutuan Bina Badan Malaysia
#Sazali Samad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan