awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/12/2022
13:33 MYT
Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu
Khairudin Abu Hanipah berkata, beliau akan mengadakan pertemuan itu dalam masa terdekat bagi mendapat gambaran sebenar kemelut yang melanda badan induk bola sepak Perak itu. - Foto BERNAMA
BATU GAJAH: Perak akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang masih lagi digantung sejak Mac lalu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri, Khairudin Abu Hanipah berkata, beliau akan mengadakan pertemuan itu dalam masa terdekat bagi mendapat gambaran sebenar kemelut yang melanda badan induk bola sepak Perak itu.
"Saya ambil pendekatan cuba menyelesaikan perkara ini seperti menarik rambut di dalam tepung agar tiada pihak yang terguris.
"Saya akan buat perjumpaan dan bertanya sendiri apakah permasalahan yang dihadapi dan langkah penyelesaiannya supaya PAFA dapat bergerak seperti persatuan bola sepak negeri lain," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan penutup Kejohanan Liga Sepak Takraw (STL) Perak di Dewan Bandaran Kinta di sini, hari ini.
Beliau menyifatkan kemelut yang berpanjangan itu merupakan suatu kerugian terhadap pembangunan sukan bola sepak negeri.
Pada 7 Mac lalu, PJS menggantung PAFA selama enam bulan bagi membolehkan persatuan itu membuat langkah-langkah pemulihan oleh Jawatankuasa Eksekutif 2018-2021 untuk mengadakan Kongres Tahunan mengikut perlembagaan.
Pihak PJS mendapati pemecatan yang dibuat oleh PAFA terhadap 12 ahli gabungan sebelum ini juga tidak teratur kerana tidak mengikut Perlembagaan PAFA berdasarkan semakan laporan dan rekod yang diperoleh daripada PAFA dan Persatuan Bola Sepak (PB) Melayu Perak.
Topic Berkaitan
#isu penggantungan PAFA
#Khairudin Abu Hanipah
#Pesuruhjaya Sukan
#Persatuan Bola Sepak Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan