awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya

Bernama
Bernama
14/07/2024
13:45 MYT
Isu tunggakan gaji: KBS saran FAM cari jalan penyelesaian sebaiknya
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berucap pada Program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) hari ini. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Kementerian Belia dan Sukan menyarankan agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menangani dan mencari jalan penyelesaian sebaiknya berhubung masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024/2025.

Ringkasan AI
  • Kementerian Belia dan Sukan menyarankan FAM untuk menangani masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga Malaysia 2024/2025.
  • Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim menyatakan isu tunggakan gaji pemain diserahkan sepenuhnya kepada FAM.
  • FAM perlu mencari penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini tanpa campur tangan dari Kementerian Belia dan Sukan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim berkata pihaknya tidak mencampuri isu itu kerana telah menyerahkan sepenuhnya isu tunggakan gaji pemain kepada FAM.
"Buat masa ini, yang kita tekankan ialah FAM perlu menangani perkara ini sebaik mungkin," katanya kepada media selepas menghadiri program Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara Jom) Peringkat Negeri Pahang 2024 di Dewan Datuk Sri Abdul Manan Ismail di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu tunggakan gaji beberapa pasukan yang beraksi dalam saingan Liga M musim 2024/2025.
Pada Jumaat lepas, pemerhati sukan Datuk Dr Pekan Ramli berkata FAM berpotensi berdepan hukuman daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) jika gagal menghentikan isu berulang masalah tunggakan gaji pemain dalam Liga M.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu tunggakan gaji
#KBS
#FAM
#liga m
#Adam Adli Abd Halim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan