awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu tuntutan baki gaji Bernhardt selesai - Hamidin

Hakim Rahman
Hakim Rahman
04/06/2017
10:33 MYT
Isu tuntutan baki gaji Bernhardt selesai - Hamidin
FAM enggan mengulas isu berkenaan sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu proses rundingan dan perbincangan dengan Bernhardt. - Gambar fail
Isu tuntutan baki gaji melibatkan bekas ketua jurulatih skuad Bawah 22 (B-22), Frank Bernhardt dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selesai menerusi satu pertemuan tertutup di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata isu berkenaan berjaya diselesaikan selepas jurulatih kelahiran Jerman itu mengadakan pertemuan dengan beliau hari ini.
Beliau memaklumkan badan induk itu enggan mengulas isu berkenaan sebelum ini kerana tidak mahu mengganggu proses rundingan dan perbincangan dengan Bernhardt.
"Penyelesaian dan keputusan dibuat hari ini, turut telah mendapat perkenan Presiden FAM Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang gembira kerana isu ini tidak perlu dipanjangkan lagi," jelas Hamidin menerusi entri terbaharu dalam laman Facebook FAM.
FAM melantik Bernhardt menerusi kontrak dua tahun pada 2015 untuk mengendalikan skuad B-22 negara bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Ogos ini, namun ditamatkan khidmatnya selepas Tunku Ismail menang tanpa bertanding kerusi Presiden FAM pada Kongres Tahunan badan induk itu, 25 Mac lepas.
Tunku Ismail turut mengumumkan Datuk Ong Kim Swee yang sebelum ini mengendalikan skuad kebangsaan, dilantik sebagai jurulatih skuad B-22 negara manakala Nelo Vingada dari Portugal dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan yang baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bola sepak
#FAM
#Frank Bernhardt
#gaji
#Hamidin Mohd Amin
#Persatuan Bola Sepak Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan