awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali, Argentina bakal bertemu dalam aksi 'Finalissima'

Astro Arena
Astro Arena
16/12/2021
04:27 MYT
Itali, Argentina bakal bertemu dalam aksi 'Finalissima'
Itali bangkit daripada kegagalan layak ke Piala Dunia Russia 2018 manakala Lionel Messi pula akhirnya menjulang kejuaraan peringkat Antarabangsa pertamanya bersama Argentina. - Foto via Astro Arena
ITALI dan Argentina akan bertembung dalam satu perlawanan yang digelar "Finalissima" pada Jun depan susulan kejayaan masing-masing menjuarai Euro 2020 dan Copa Amerika.
Ia merupakan tahun gemilang buat Azzurri dan Albiceleste, di mana kedua-duanya bangkit daripada waktu sukar untuk muncul juara dengan penuh bergaya.
Itali bangkit daripada kegagalan layak ke Piala Dunia Russia 2018 manakala Lionel Messi pula akhirnya menjulang kejuaraan peringkat Antarabangsa pertamanya bersama Argentina.
Kejayaan Argentina itu turut menamatkan penantian selama 28 tahun negara itu dalam merebut gelaran antarabangsa -- satu tempoh di mana mereka tewas empat aksi final Copa America dan satu perlawanan akhir Piala Dunia.
Itali pula tidak pernah memenangi Kejohanan Eropah sejak 53 tahun lalu, di mana ia merupakan rekod jarak terpanjang di antara dua kejuaraan bagi satu pasukan kebangsaan.
Menjelang kejayaan itu, Itali juga mengatasi rekod 30 perlawanan tanpa kalah dalam kesemua kejohanan, sekali gus mencipta rekod baru bola sepak peringkat antarabangsa.
Itali dan Argentina kini akan mencongak perhitungan bagi satu perlawanan istimewa di London -- venue khusus perlawanan itu masih belum ditentukan -- pada 1 Jun 2022 sebagai sebahagian daripada kesepakatan baru yang dicapai dua badan induk benua berkenaan, iaitu Konfederasi Bolasepak Eropah (UEFA) dan Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL).
Kedua-dua badan induk itu telah menandatangani memorandum kesefahaman pada Februari tahun lalu untuk mengadakan kerjasama melalui pelbagai cara.
Rabu lalu, memorandum itu diperbaharui dan dilanjutkan sehingga Jun 2028 dan penganjuran Finalissima turut disahkan sebagai sebahagian daripada kesepakatan itu.
Topic Berkaitan
#Argentina
#Itali
#Lionel Messi
#Finalissima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan