Penyerang Croatia dan bintang Harimau Muda menjadi harapan utama pasukan Sarawak bagi saingan liga Perdana musim ini.

Menurut ketua jurulatih Robert Alberts, harapan itu disandarkan kepada tonggak import Ivan Babic dan Ahmad Aminuddin Shaharuddin.

Jelas Alberts, kehadiran kedua-dua pemain itu melengkapkan persiapan skuad Kenyalang untuk tampil sebagai pasukan yang digeruni terutamanya Babic yang disasarkan untuk meledak sekurang-kurangnya 15 gol.

Beliau turut memberitahu Babic, 28 tahun, dan Aminuddin, 22 tahun, menepati kriteria yang dikehendakinya.

Alberts mengakui ketumpulan bahagian serangan musim lalu memaksanya mencari pendekatan berbeza bagi mengharungi cabaran kali ini.

Atas sebab itu juga, Sarawak tersingkir ke Liga Perdana selepas kandas di pusingan playoff.