awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Izham tetap bersemangat walaupun terima jahitan di kepala

Sinar Harian
Sinar Harian
27/02/2023
23:15 MYT
Izham tetap bersemangat walaupun terima jahitan di kepala
Izham tampil menerusi video yang dimuat naik di Facebook dan Twitter Sri Pahang FC dalam keadaan kepalanya berbalut, sambil memberitahu menerima beberapa jahitan. - Foto Astro ARENA
PENJAGA gol Sri Pahang FC, Izham Tarmizi Roslan tekad bangkit selepas pulih daripada kecederaan kepala setelah bertembung dengan pemain Negeri Sembilan FC (NSFC), pada aksi Liga Super di Paroi pada malam Ahad.
Pemain berusia 32 tahun itu memaklumkan mengenai keazamannya itu di laman sosial Sri Pahang FC pada Isnin.
Izham tampil menerusi video yang dimuat naik di Facebook dan Twitter dalam keadaan kepalanya berbalut sambil memberitahu menerima beberapa jahitan.
"Alhamdulillah keadaan saya sihat dan baik. Ada sedikit jahitan tetapi tidak ada masalah.
"Saya akan bangkit pada perlawanan akan datang dan terima kasih kepada peminat, kawan yang mendoakan saya," katanya.
Suami kepada selebriti, Mia Ahmad itu mengalami kecederaan di kepala selepas bertembung dengan pemain lawan, Hasbullah Abu Bakar hingga menyebabkan dia dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Speedy recovery Izham Tarmizi ! Alhamdulillah, Izham Tarmizi dalam keadaan yang baik dan telah menerima rawatan yang sepatutnya sejurus berlakunya insiden pelanggaran dengan pemain Negeri Sembilan FC. pic.twitter.com/IH64eGhagT
— Sri Pahang FC (@OfficialPahang) February 27, 2023
Insiden berlaku pada minit-minit akhir babak pertama dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Pada aksi tersebut, pasukan tuan rumah terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Casagrande pada minit ke-21 sebelum Abdul Malik Mat Ariff menjaringkan gol penyamaan buat skuad Tok Gajah pada minit ke-48. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Sri Pahang FC
#penjaga gol
#cedera
#Izham Tarmizi Roslan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan