awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaguh MMA negara Ev Ting tundukkan petarung Costa Rica di Yangon

Haider Yutim
Haider Yutim
24/02/2018
07:12 MYT
Jaguh MMA negara Ev Ting tundukkan petarung Costa Rica di Yangon
Ev Ting sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menewaskan Ariel Sexton pada kejohanan ONE Championship di Yangon, malam tadi. - Foto ONE Championship
JAGUH seni beladiri campuran (MMA) negara Ev Ting sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menewaskan Ariel Sexton pada kejohanan ONE Championship di Yangon, Myanmar malam tadi.
Dalam acara kategori lightweight itu, Ting, 28 tahun, menundukkan Sexton dari Costa Rica menerusi keputusan pengadil.
Anak kelahiran Kuala Lumpur itu mempamerkan kombinasi serangannya yang padu dan pantas, mengasak lawannya hingga ke penghujung pusingan ketiga.
Selepas pertarungan yang mencabar, keputusan pengadil jelas memihak kepada Ting.
"Ia pertarungan yang mencabar, pada mulanya saya fikir saya boleh menewaskannya pada pusingan kedua. Namun pusingan kedua memihak kepada dia (Sexton).
"Pada pusingan ketiga, saya mengambil langkah untuk bersabar dan bertahan hingga pertarungan selesai," katanya ketika ditemui pemberita.
Ev Ting (kanan) ketika beraksi menentang Ariel Sexton pada ONE: Quest for Gold di Yangon, malam tadi. - Foto ONE Championship
Ev Ting (kanan) ketika beraksi menentang Ariel Sexton pada ONE: Quest for Gold di Yangon, malam tadi. - Foto ONE Championship
Ting pada Ogos tahun lalu telas menewaskan bekas juara dunia welterweight dari Jepun, Nobutatsu Suzuki pada kejohanan ONE: Quest For Greatness, di Stadium Negara.
Sebelum itu, dia yang mempunyai rekod kemenangan 15-4, pernah berdepan petarung Filipina, Eduard Folayang bagi merebut takhta juara dunia lighweight.
Namun, Ting tewas selepas bertarung hingga ke lima pusingan.
Kini, dia sekali lagi berpeluang untuk merebut kejuaraan kategori tersebut apabila berdepan Timofey Nastyukhin dari Russia nanti.
Topic Berkaitan
#Ariel Sexton
#Ev Ting
#MMA
#ONE Championship
#Quest For Gold
#seni beladiri campuran
#Yangon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan