awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

James gesa Liverpool jangan silap langkah tuntutan gaji baru Salah

Astro Arena
Astro Arena
09/04/2022
03:54 MYT
James gesa Liverpool jangan silap langkah tuntutan gaji baru Salah
Salah memasuki perjanjian 16 bulan terakhirnya di Anfield dan dilaporkan berpendirian tegas untuk menjadi pemain dengan bayaran tertinggi dalam EPL.- Stadium Astro
LIVERPOOL berisiko merosakkan polisi perpindahan jangka panjang mereka sekiranya memenuhi permintaan kontrak baharu yang lumayan Mohamed Salah.
Demikian menurut bekas penjaga gol The Reds, David James, yang turut memberitahu Stats Perform bahawa kekecewaan terlepas tiket ke Piala Dunia Qatar hujung tahun ini memberi kesan buruk kepada Salah.
Salah memasuki perjanjian 16 bulan terakhirnya di Anfield dan dilaporkan berpendirian tegas untuk menjadi pemain dengan bayaran tertinggi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain berusia 29 tahun itu menyumbat 28 gol musim ini untuk berada di belakang bintang Real Madrid, Karim Benzema (37) dan pemain Bayern Munich, Robert Lewandowski (45), dalam kalangan lima kancah utama Eropah.
Bagaimanapun, tatkala Salah sekali lagi membuktikan kewibawaannya bersama Liverpool dalam kempen kali ini, James tidak percaya kelab itu tidak seharusnya tunduk kepada tuntutan gaji penyerang Mesir tersebut.
"Secara ringkas, Liverpool tidak akan tersilap langkah dalam penawaran kontrak. Seperti yang mereka katakan, tiada siapa yang lebih besar daripada kelab itu," kata James.
"Jika dia (Salah) berasakan dia boleh menikmati gaji lebih tinggi di tempat lain dan itulah yang dihajatinya, maka dia perlu pergi ke tempat lain.
"Ia akan menjadi urusan perniagaan terbaik buat Liverpool berhubung dasar yang telah ditetapkan mereka.
"Tidak perlu mengubahnya semata-mata ingin memenuhi keperluan individu dan boleh mengganggu polisi yang diamalkan."
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Mohamed Salah
#kontrak baharu
#The Reds
#David James
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan