awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

James Milner berseloroh akan sokong Manchester United

Astro Arena
Astro Arena
23/04/2019
03:35 MYT
James Milner berseloroh akan sokong Manchester United
James Milner tidak akan membazirkan tenaga untuk mengharapkan bola masuk ke gawang yang diharapkan. - Foto Stadium Astro.
PEMAIN tengah Liverpool, James Milner, berseloroh akan menyokong Manchester United buat kali pertama dalam hidupnya, dan tidak akan menyaksikan pertembungan dengan Manchester City itu.
'Derby' Manchester Rabu ini akan menjadi pertemuan terpenting dalam perebutan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan skuad kendalian Jurgen Klopp itu hanya berkelebihan dua mata di puncak liga, namun City masih memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.
Bekas pemain tengah City dan Leeds United, Milner, berkata dia akan memberikan sokongan buat skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu.
"Ia kali pertama dalam hidup saya, namun saya tidak akan menyaksikan perlawanan itu.
"Ia agak membazirkan tenaga untuk mengharapkan bola itu masuk ke gawang lain.
"Saya tidak dapat melakukan apa-apa tentangnya.
"Saya mungkin akan meletakkan telefon bimbit saya jauh sedikit untuk beberapa jam sebelum melihat keputusannya selepas itu.
"Saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan, mungkin keluar makan," katanya.
Dengan hanya baki tiga perlawanan, Liverpool kini mengumpul 88 mata dan mampu menamatkan liga dengan 97 mata, namun ia masih belum dapat memastikan mereka meraih kejuaraan yang kali terakhir dijulang pada 1990 itu.
Ketika Liverpool akan berdepan Huddersfield Town, Newcastle United dan Wolves dalam baki saingan, City pula akan bertemu Burnley, Leicester City dan Brighton and Hove Albion selepas perlawanan 'derby' itu.
"Masih ada tiga perlawanan selepas (derby) itu.
"Ramai menyangkakan United merupakan cabaran terakhir, namun mereka bukanlah satu-satunya.
"Ia amat klise, namun Liga Perdana amat mencabar terutama ketika berdepan pasukan yang sedang bergelut di dasar liga," tambahnya.
Topic Berkaitan
#EPL
#James Milner
#jurgen klopp
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester City
#Manchester derby
#Manchester United
#Ole Gunnar Solskjaer
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan