KELAB penyokong Gabungan Ukhwah Lang Merah (GULM) meminta penyokong Harimau Malaya tidak meletakkan sepenuhnya kegagalan ke atas Tan Cheng Hoe selepas pasukan negara tersingkir di peringkat kumpulan Piala Suzuki AFF 2020.
Menurut jurucakapnya, Safarizal Mohd Sobri, pengendali pasukan kebangsaan itu dilihat mempunyai masa yang suntuk untuk mengumpul pemain-pemain terbaik bagi menghadapi kejohanan yang disertai pasukan dari seluruh Asia Tenggara.
"Jangan tuding jari 100 peratus pada Tan Cheng Hoe. Sepatutnya Liga Malaysia habis awal untuk kumpul pemain hadapai Piala AFF 2020 namun disebabkan oleh Covid-19 banyak perancangan yang terganggu kerana Liga Malaysia 2021 tergendala.
"Kami melihat antara punca utamanya adalah pengendali pasukan negara ini tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengumpulkan pemain," katanya ketika dihubungi pemberita pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan segelintir penyokong yang mahu Cheng Hoe bertanggungjawab di atas keputusan yang mengecewakan pasukan Malaysia selepaa gagal mencapai sasaran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mara ke pentas final kejohanan pada edisi kali ini.
Jelas Safarizal, jadual Liga Malaysia yang cukup padat termasuk Piala Malaysia yang semakin hampir dengan Piala AFF 2020 menyaksikan Harimau Malaya tidak dapat berkumpul awal untuk membuat persiapan lebih rapi termasuk mengadakan perlawanan persahabatan.
"Tiada guna panggil jurulatih import sekalipun kerana kita sendiri pun gagal menyusun perjalanan liga Malaysia dengan baik. Bukan kita tidak ada pemain yang berbakat tapi masalah jadual yang padat antara punca," ujarnya.
Dalam pada itu, GULM berharap tidak ada tangan-tangan ghaib ataupun campur tangan daripada pihak ketiga yang menganggu perancangan Ketua Jurulatih Harimau Malaya bagi menghadapi kejohanan antarabangsa seterusnya selepas ini.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 23 2021

Safarizal berkata, jadual Liga Malaysia yang cukup padat termasuk Piala Malaysia yang semakin hampir dengan Piala AFF 2020 menyaksikan Harimau Malaya tidak dapat berkumpul awal untuk membuat persiapan lebih rapi. - Foto Sinar Harian

Kekurangan bahan bakar, 80 peratus bas persendirian Sri Lanka mungkin henti operasi
Persatuan bas sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation menyambung semula pengedaran bahan api.

ASEAN-AS | Komited kekalkan kerjasama Maritim
ASEAN dan Amerika Syarikat (AS) komited untuk terus berpegang teguh kepada aspek pengekalan keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau ini. Menurut kenyataan visi bersama dikeluarkan sempena Sidang kemuncak Khas ASEAN-AS, komitmen itu termasuk menjaga kawalan dan keselamatan maritim, selain kebebasan navigasi pelayaran dan penerbangan serta penggunaan sah lautan seperti yang dinyatakan di bawah prinsip undang-undang laut (UNCLOS) 1982.

Tun M tidak setuju 'bailout' untuk selamatkan Sapura Energy
Sebaliknya usaha perlu diambil bagi mengurangkan kerugian ditanggung penyedia perkhidmatan minyak dan gas itu.

Penyertaan NATO | Turki enggan sokong keanggotaan Sweeden dan Finland
Turki mengulangi bantahannya berhubung hasrat Finland dan sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara, NATO diasaskan Amerika Syarikat. Serentak itu, Presiden Recep Tayyip Erdogan tegaskan, dua negara Scandinavia itu perlu menghantar wakil untuk meyakinkan Turki mengenai perkara berkenaan.

Krisis Ukraine-Rusia | Tiga cedera termasuk kanak-kanak
Serangan terbaharu Rusia yang mensasarkan bangunan pelancongan di bandar pelabuhan, Odesa, Ukraine mencederakan seorang kanak-kanak dan dua dewasa.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 1,000 korban baharu dalam sehari
Berdasarkan data John Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 800 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini melebihi 6.26 juta kes.

COVID-19 Global | Pertambahan lebih 300,000 kes baharu dalam sehari
Terdapat pertambahan lebih 300 ribu kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. ini menjadikan jumlah kes baharu yang direkodkan melebihi angka 521 juta kes.

Kebakaran | Bomba kenal pasti kawasan titik panas berisiko
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti beberapa kawasan titik panas yang berisiko berlaku kebakaran pada musim panas dan kering, yang dijangka berlaku sehingga September ini. Ketua Pengarah Jbpm Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata pihaknya sudah bersiap siaga, dengan memulakan pemantauan di kawasan yang dikenal pasti selain persiapan dari segi keanggotaan dan aset-aset diperlukan.

Pemilihan PKR | Pengundian di 13 cabang berjalan lancar
Pengundian secara fizikal bagi pemilihan PKR di 13 cabang di Pulau Pinang hari ini berjalan lancar. Pengerusi PKR Negeri, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik memaklumkan, proses pengundian secara fizikal bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang tadi dalam suasana aman dan terkawal meskipun ada kawasan yang sedikit ‘panas’.

Dera Kanak-Kanak | Pekerja kontraktor ditahan
Seorang kontraktor sambilan ditahan polis bagi membantu siasatan kes dera membabitkan seorang kanak-kanak lelaki yang dijaganya.

'Itu tanda kelemahan pengurusan Harimau Malaya'
Datuk Jamal Nasir berkata, pengurusan seharusnya dapat menghidu awal kewujudan 'geng-geng' berkenaan bagi mengelak impak lebih buruk.

FAM sudah serah laporan
Laporan berkenaan diserahkan kepada Dell Akbar pada Sabtu bagi memastikan bedah siasat itu dapat dimulakan segera.

'Saya tidak jadi 'kambing hitam' - Cheng Hoe
Cheng Hoe menjelaskan bahawa tiada pihak yang mendesaknya untuk berbuat demikian, sebaliknya menganggap itu sebagai satu cabaran untuknya.

Cheng Hoe lepaskan jawatan ketua jurulatih kebangsaan
Ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya, menurut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Jangan tuding jari 100 peratus pada Cheng Hoe
pengendali pasukan kebangsaan itu dilihat mempunyai masa yang suntuk untuk mengumpul pemain-pemain terbaik bagi menghadapi kejohanan yang disertai pasukan dari seluruh Asia Tenggara.

'Kami akan bangkit lawan Indonesia'
Biarpun masih kecewa setelah tewas kepada Vietnam Ahad lalu, namun kebanyakan pemain kini bersemangat untuk kembali bangkit.

FAM sahkan Khairulazhan, Faisal, Quentin kembali sertai pasukan
Seorang lagi pemain yang diuji positif COVID-19 sebelum ini, Akhyar Rashid, masih perlu melengkapkan tempoh 10 hari kuarantin.

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe gesa tiada kesilapan mudah bertemu Vietnam
Katanya, dengan ranking yang lebih baik, pasukan seperti Vietnam pasti akan memanfaatkan setiap kesilapan individu pemain negara.

Piala Suzuki AFF: Cheng Hoe gusar aksi di padang tiruan
Piala Malaysia: Gergasi Merah tumbang di Kuala Terengganu

10 tahun selepas Malaysia juarai Piala Suzuki AFF
Penyerang negara, Safee Sali, turut mencatat nama sebagai penjaring terbanyak setelah meledakkan lima gol sepanjang kejohanan itu.