awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jaringan Moura pastikan Spurs tidak diaib

Astro Arena
Astro Arena
06/01/2020
00:48 MYT
Jaringan Moura pastikan Spurs tidak diaib
Tandukan Lucas (gambar) dalam babak kedua mengimbangi keputusan di Stadium Riverside itu selepas Ashley Fletcher terlebih dahulu meletakkan Middlesbrough di hadapan. Astro ARENA
MIDDLESBROUGH 1 TOTTENHAM 1
Jose Mourinho berkata Lucas Moura mahupun Son Heung-Min bukanlah pengganti setara kepada penyerang yang tercedera, Harry Kane, selepas menyaksikan pasukan bimbingannya, Tottenham, terikat 1-1 di Middlesbrough dalam saingan Piala FA, awal pagi tadi.
Tandukan Lucas dalam babak kedua mengimbangi keputusan di Stadium Riverside itu selepas Ashley Fletcher terlebih dahulu meletakkan Middlesbrough di hadapan dalam perlawanan yang mengundang kekecewaan Mourinho.
Pelawat gagal memenangi tiga perlawanan terakhir sambil Mourinho menganggap kecederaan yang menimpa Kane, Tanguy NDombele, Hugo Lloris dan Danny Rose menghalang kemajuan pasukannya.
Selepas memulakan perlawanan dengan meletakkan Son sebagai penyerang tunggal sebelum mengarahkan Lucas supaya membentuk serangan berkembar, Mourinho memberitahu pemberita: "Kami mempunyai apa yang kami ada dan kami berpegang teguh dengannya.
"Anda tidak boleh mengubah hakikat bahawa Lucas atau Son boleh bermain di (posisi) nombor sembilan seperti Harry Kane."
"Kami mengubah keadaan dan mengambil risiko. Dalam 30 minit terakhir, kami tidak mempunyai pemain tengah," tambahnya sambil merujuk kepada keputusannya untuk menukarkan Harry Winks dan Ryan Sessegnon dengan Giovani Lo Celso dan Erik Lamela.
"Kami bermain dengan enam pemain yang gemar menyerang tetapi tanpa penyerang, kami mengambil risiko."
Tottenham menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun mengalami tiga kekalahan dan seri sekali dalam tujuh perlawanan terakhir, justeru Mourinho mengakui pertandingan kalah mati tersebut menawarkan kelegaan sementara pada hari yang mengecewakan itu.
Bagaimanapun, masalah itu mencetuskan kerunsingan kepada pengurus Portugis berkenaan memandangkan hanya menang dua daripada tujuh perlawanan sejak dia mengambil alih jawatan tersebut pada 20 November, sehubungan itu dia menganggap aksi timbal balik dengan Middlesbrough bukanlah satu bencana.
"Adakalanya kekecewaan pemain di atas padang sama seperti yang saya alami di tepi padang, katanya.
"Semua orang di stadium ini menikmati perlawanan sebenar.
"Ia perlawanan yang sukar. Kalau bola sepak boleh dihitung dengan seberapa banyak peluang yang dicipta, maka kami pasti akan menang dengan jaringan yang besar.
"1-1 bukan satu bencana. Kami akan bermain di laman sendiri, kami menghadapi banyak masalah kecederaan," katanya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#cedera
#EPL
#Harry Kane
#Jose Mourinho
#Liga Perdana Inggeris
#Lucas Moura
#Middlesbrough
#Piala FA
#Tottenham Hotspur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan