Colombia menewaskan Uruguay 2-0 pada perlawanan pusingan kedua Piala Dunia 2014 di Stadium Maracana, Rio De Janeiro pagi tadi.

Kemenangan itu melayakkan Colombia ke peringkat suku akhir, di mana mereka akan berhadapan dengan pasukan tuan rumah, Brazil.

Nampaknya Uruguay yang turun tanpa penyerang utama, Luis Suarez terpaksa berusaha lebih apabila permainan jelas didominasi oleh Colombia dalam separuh masa pertama.

Kawalan yang baik itu memberi peluang kepada Colombia menjaringkan gol menerusi James Rodriguez pada minit ke-28.

Colombia's Mario Yepes rouses the crowd during the World Cup round of 16 soccer match between Colombia and Uruguay at the Maracana Stadium in Rio de Janeiro, Brazil, Saturday, June 28, 2014. (AP Photo/Natacha Pisarenko)

Rodriguez membuat volley dari luar petak penalti terus ke sudut kiri jaring - menewaskan penjaga gol Uruguay, Fernando Musrela.

Permainan memasuki babak kedua apabila Rodriguez sekalu lagi membuktikan kehebatannya dengan menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-50.

Gol tersebut merupakan hasil dari hantaran ‘cross’ pemain pertahanan Colombia, Pablo Armero yang ditanduk oleh pemain tengah, Juan Cuadrado yang kemudiannya disempurnakan oleh Rodgriguez.

Keputusan akhir perlawanan, Colombia 2-0 Uruguay.

Uruguay's Edinson Cavani runs with the ball during the World Cup round of 16 soccer match between Colombia and Uruguay at the Maracana Stadium in Rio de Janeiro, Brazil, Saturday, June 28, 2014. (AP Photo/Natacha Pisarenko)


PEMAIN PILIHAN ASTRO AWANI: James Rodriguez (Colombia)