"Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Melaka United (MU) masing-masing ada cara, strategi tersendiri. Kalau hendak bandingkan JDT dengan MU memang tidak boleh dibandingkan," kata penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah yang kini mengikat kontrak setahun bersama Juara Liga Perdana MU.
Kapten Harimau Malaysia itu berkata walaupun perlu berdepan dengan pengurusan dan strategi serta latihan berbeza, namun anak kelahiran Selangor itu yakin dapat menyesuaikan diri sekali gus membantu MU memantapkan pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.
Mohd Amri, 35, yang juga bekas penyerang JDT itu berkata dia akan mengikuti semua latihan yang akan dirangka ketua jurulatih MU, Eric Williams dan memberi sepenuh komitmen bersama pemain lain.
"Alhamdulillah saya telah mula berlatih bersama semua pemain yang lain. Saya lihat semua bagi komitmen untuk musim baharu ini dan Insya-Allah ada sesuatu (yang lebih baik) untuk MU pada tahun akan datang.
"Sekarang ini apa yang penting ialah saya berharap dapat diserapkan untuk bermain bersama MU selepas tamat sesi latihan ini. Banyak lagi yang perlu dilalui dalam tempoh latihan ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan skuad Sang Kancil di Stadium Hang Tuah, di sini, malam tadi.
Sepanjang kariernya, Mohd Amri sudah menjulang pelbagai trofi kejuaraan termasuk Piala AFC, selain tiga kejuaraan Liga Super berturut-turut dan Piala FA bersama JDT.
Beliau yang sebelum ini digelar 'kuda tua' atas faktor usianya itu berkata beliau yakin akan dapat memberikan yang terbaik dan membantu MU mencatat beberapa kemenangan berdasarkan pengalaman kira-kira 18 tahun dalam industri bola sepak negara.
Ketika ditanya sasarannya sepanjang setahun bersama MU, beliau berkata adalah untuk menang setiap perlawanan yang disertainya dan mampu membuat kejutan pada musim baharu akan datang namun ia memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pemain yang lain.
"Saya berjanji akan memberi yang terbaik kepada MU dan bermain bersama gandingan yang akan ditentukan jurulatih untuk membantu MU meraih kemenangan dalam Liga Super musim hadapan," katanya yang pernah menyarung jersi The Red Giants.
Sementara itu, Williams berkata beliau tidak suka menggunakan pendekatan memaksa ke atas setiap pemainnya sebaliknya memberi ruang kepada mereka menjalani dan menamatkan sesi latihan sebelum pihak pengurusan membuat pemilihan pemain.
"Masa masih panjang lagi dan kami mahu semua pemain dapat mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental mereka. Bagi sesi latihan ini, saya tidak suka memaksa kerana takut ada yang masih cedera," katanya yang fasih berbahasa Melayu.
Dalam pada itu, jurulatih dari Australia itu berkata MU memerlukan lebih ramai pemain yang berpengalaman bagi membantu pasukan itu beraksi cemerlang dalam Liga Super akan datang.
Beliau yang dipilih bagi menggantikan Mat Zan Mat Aris bagi meneraju MU pada musim hadapan itu berkata pemilihan Amri dan bekas pemain sayap Pahang Mohd Fauzi Roslan, 28, adalah bertepatan bagi mempersiapkan MU dengan barisan pemain berpengalaman bagi menghadapai Liga Super.
"Saya yakin pihak pengurusan masih lagi mencari pemain berbakat lain untuk menyertai MU kerana 'jendela' perpindahan belum tutup. Bagi saya tidak salah kerana sekiranya mereka yakin pemain berkenaan berkualiti dan 'available' (sedia) jadi kita boleh berbincang.
"Kami perlu lebih kompetatif untuk menstabilkan pasukan, kalau ada pemain yang baik dan berpengalaman, mungkin kami akan dapat bermain dengan lebih cemerlang dan skuad ini akan melangkah ke peringkat yang lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 22 2016
AMRI: Saya berjanji akan memberi yang terbaik kepada MU.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Terima kasih Amri Yahyah
Perlawanan Liga Super antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada Ahad menjadi perlawanan terakhir buat Mohd Amri Yahyah.
PJ City waspada sentuhan pelik Amri Yahyah
Maniam lebih selesa sekiranya PJ City dianggap sebagai kelab 'underdog' dalam pertembungan Liga Super di Kelana Jaya, Sabtu ini.
Amri Yahyah dedah rahsia 'otai masih berbisa'
Pemain yang dianggap legenda dalam arena bola sepak tempatan itu mendedahkan rahsianya untuk bertahan lama.
Tchetche Kipre muncul wira Kedah DA FC catat kemenangan dramatik ke atas KL City FC
Kedah DA FC berpeluang menghasilkan gol seawal minit kesembilan menerusi rembatan kencang Baddrol Bakhtiar yang berjaya ditepis penjaga gol pelawat Kevin Ray Mendoza.
Mohd Amri Yahyah antara tiga pemain sertai Sabah FC
Sabah FA mengesahkan tiga pemain bakal menyertai kelab di bawah naungannya iaitu Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.
Perjanjian 'gentlemen' oleh JDT tidak harus dipersoal - Edwards
Perjanjian 'gentlemen' yang diperkenalkan oleh JDT tidak harus dipersoalkan oleh pihak-pihak tertentu.
Amri Yahyah pilihan Kim Swee jadi kapten Harimau Malaysia
Amri mengetepikan dua calon, Baddrol Bakhtiar dan Khairul Fahmi Fahmi Che Mat yang masing-masing dilantik selaku penolong ketua pasukan.
JDT beri tunjuk ajar di UiTM
Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan kempen Piala FA dengan penuh gaya ketika membelasah UiTM FC 5-0 dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium UiTM, Shah Alam sebentar tadi.
Kekal fokus, saran Amri kepada dua pemain kelahiran Johor di JDT
Amri Yahyah sedar aksi final Piala AFC malam ini mungkin satu-satunya peluang buat dirinya meraih kejuaraan Asia sebelum tamatkan karier.
Amri yakin dengan Harimau Malaya
Pemain senior negara Amri Yahyah yakin skuad Harimau Malaya mampu beri saingan walaupun tanpa ramai tonggak utama yang cedera.