awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT kekal di puncak Liga Super

Bernama
Bernama
08/06/2018
22:49 MYT
JDT kekal di puncak Liga Super
Pemian JDT, Fernando Gaston Elizari Sedano cuba melepasi pertahanan Pahang, Mohamad Muslim Ahmad pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin. - Foto BERNAMA
Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mengekalkan kedudukan pendahulu liga selepas mengatasi pencabar terdekat, Pahang 1-0 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam tadi.
Kemenangan ke-11 tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan mengutip 35 mata selepas beraksi 14 perlawanan setakat ini.
Pada aksi di Larkin, pemain antarabangsa Singapura, Hariss Harun muncul wira JDT apabila menjaringkan gol tunggal seawal minit ketiga perlawanan.
Pahang terus dirundung malang apabila pemain pertahanannya, Muhammad Safuwan Baharudin dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin pada minit ke-68 kerana mengutip kad kuning kedua.
Dalam pada itu, juara Piala FA, Kedah kembali meraih kemenangan selepas menewaskan Kelantan 1-0 hasil jaringan pemain import dari Brazil, Paulo Rangel pada minit ke-46.
Terdahulu, Kelantan terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada penghujung babak perlawanan setelah pemainnya, Mohd Khairul Ashraf Ramli dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Wan Mohamad Tarmizi Wan Ibrahim kerana menumbuk pemain Kedah, Andik Vermansah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Harimau Selatan
#JDT
#Johor Darul Ta'zim
#Larkin
#Liga Super
#Pahang
#Stadium Tan Sri Hassan Yunos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan