awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT pamer peningkatan mendadak ranking dunia

Sinar Harian
Sinar Harian
25/07/2023
04:46 MYT
JDT pamer peningkatan mendadak ranking dunia
Juara sembilan kali Liga Super itu yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA mengumpul 72.7 mata untuk naik 126 anak tangga dari tangga ke-573 pada Februari lalu. - Foto BERNAMA
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) menunjukkan peningkatan mendadak dalam ranking kelab bola sepak dunia dan kini berada di ranking ke-447 dunia.
Kedudukan tersebut dikongsikan laman analisis bola sepak, Opta Analyst yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia.
Juara sembilan kali Liga Super itu yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala FA mengumpul 72.7 mata untuk naik 126 anak tangga dari tangga ke-573 pada Februari lalu.
Ia turut menyaksikan kualiti JDT itu sememangnya bukan saingan pasukan Liga Super dengan tiada pasukan lain dari Malaysia yang berada dalam kedudukan 500 terbaik dunia.
Selangor yang menjadi pasukan kedua terbaik liga berada di kedudukan ke 2,148 dunia, Terengganu (ke-2,257), Kuala Lumpur City (2,964) dan Kedah Darul Aman FC (3,158).
Peningkatan itu juga membolehkan JDT mencapai aras baharu di peringkat Asia apabila menghuni kedudukan ke-31 manakala pasukan Arab Saudi, Al-Ittihad di posisi pertama.
Di peringkat ASEAN pula, JDT di tangga kedua di belakang Buriram United yang berada di tangga ke-418 dunia dengan 73.1 mata.
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City berada di ranking teratas dengan mengumpul 100 mata diikuti kelab Jerman, Bayern Munich (95.9 mata) di tangga kedua dan Liverpool (93.8 mata) di kedudukan ketiga. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#JDT
#Piala FA
#ranking dunia
#kelab terbaik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan