awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT salur hasil jualan tiket perlawanan kepada mangsa banjir di Johor

Bernama
Bernama
09/03/2023
09:54 MYT
JDT salur hasil jualan tiket perlawanan kepada mangsa banjir di Johor
Kesemua hasil jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sehingga akhir Ramadan ini disalurkan kepada mangsa. - Facebook Johor Southern Tigers
KUALA LUMPUR: Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) akan menyalurkan kesemua hasil jualan tiket perlawanan di lama sendiri kepada mangsa banjir di negeri itu.
Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards, berkata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang juga pemilik skuad Harimau Selatan, menitahkan supaya kesemua hasil jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sehingga akhir Ramadan ini disalurkan kepada mangsa.
"Ia melibatkan perlawanan Liga Super menentang Kelantan (11 Mac), Sabah (31 Mac), Kedah (9 April) dan perlawanan Piala FA bertemu PDRM (14 April).
"Kesemua dana hasil daripada penjualan tiket itu akan disalurkan kepada mangsa banjir melalui pejabat-pejabat daerah di Johor," katanya dalam hantaran Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers, hari ini.
Angka mangsa banjir di Johor setakat 2 petang ini menunjukkan sedikit penyusutan kepada 44,780 orang berbanding 45,048 orang pada 8 pagi tadi.
Musibah banjir ermula sejak 1 Mac lalu setakat ini meragut enam nyawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#jualan tiket
#mangsa banjir
#Harimau Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan