KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) menyambut kehadiran semula 2,000 penonton ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri dengan kemenangan bergaya 3-0 ke atas Melaka United FC dalam aksi Liga Super, malam ini.
Ia adalah 384 hari sejak kali terakhir 'pemain ke-12' menikmati kemeriahan di gelanggang keramat skuad Harimau Selatan itu - dan ternyata sesuatu yang amat berbaloi melihat pasukan kesayangan melakar kemenangan keempat musim ini untuk terus mendominasi carta liga.
Pemain pertahanan Adam Nor Azlin mengukir senyuman peminat yang mengamalkan penjarakan fizikal di tempat duduk penonton stadium seawal minit keempat apabila menanduk deras bola hasil sepakan penjuru melepasi penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
Selang empat minit kemudian, giliran pemain import Brazil Bergson da Silva mencetak nama sebagai penjaring berpunca kesilapan pertahanan Melaka United FC Jang Suk-won yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan penalti.
Meskipun perlawanan dikuasai JDT, namun Melaka United FC hampir merapatkan jurang menerusi Sony Norde apabila rembatan deras bekas pemain kebangsaan Haiti dari luar kotak pada minit ke-50 sekadar menggegar tiang tatkala penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli sudahpun tertewas.
Bergson melengkapkan kemenangan JDT dengan gol kedua peribadinya pada minit ke-82 selepas menyempurnakan hantaran rendah berkualiti pemain gantian Mohamadou Sumareh dari sebelah kanan.
Pertembungan dua pasukan 'selatan' tanah air itu turut disaksikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang hadir bagi memantau tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) protokol pengurusan penonton ditetapkan kerajaan.
Perlawanan itu juga antara dua aksi yang dijadikan sebagai projek perintis protokol pengurusan penonton selain pertembungan antara Kuala Lumpur City FC menentang Sabah FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, esok.
Sementara itu, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merampas kedudukan kedua liga dengan mengumpul 13 mata selepas membenam cabaran pasukan di zon penyingkiran Sri Pahang FC 3-1 yang terpaksa bermain dengan 10 orang di Stadoum Darul Aman, Alor Setar.
Pemain import Herold Goulan dilayangkan kad merah pada minit ke-17 selepas menjatuhkan Kipre Tchetche yang berpeluang meledak gol pembukaan perlawanan.
Kesempatan itu dimanfaat sepenuhnya skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak untuk mendominasi perlawanan sebelum kapten pasukan Baddrol Bakhtiar meledak gol pembukaan pada minit ke-36, namun Sri Pahang FC pantas menyamakan kedudukan lima minit kemudian menerusi Muhamad Nur Izzat Che Awang.
Penyerang import dari Liberia Kpah Sherman meletakkan KDA FC kembali di hadapan pada awal babak kedua perlawanan sebelum Baddrol menjaringkan gol kedua peribadinya pada minit ke-70 untuk mengesahkan kemenangan pasukan.
Pada masa sama, Terengganu FC jatuh ke kedudukan ketiga apabila sekadar seri tanpa jaringan ketika melayan kunjungan Petaling Jaya City FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Dalam pada itu, aksi tunggal Liga Premier menyaksikan Perak FC II menamatkan episod empat kekalahan berturut-turut selepas bangkit mencatat kemenangan dramatik 4-3 ke atas Selangor FC 2 di Stadium Perak, Ipoh.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Pemain pertahanan JDT, Adam Nor Azlin (tiga kanan) menjaringkan gol pertama untuk pasukannya ketika menentang Melaka United dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini. - Foto BERNAMA
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Bergson, Hidalgo boleh dinaturalisasikan - Tunku Mahkota Ismail
Tunku Mahkota Ismail berpandangan Bergson Da Silva boleh dinaturalisasikan bagi memperkuat pasukan bola sepak negara.
Projek FAM: Benjamin Mora sah tiada dalam perancangan skuad kebangsaan
Bekas pengendali JDT, Benjamin Mora, sah tidak akan bersama pasukan kebangsaan seperti khabar angin yang mengaitkan dirinya, sebelum ini.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
ACLE: Nasib baik tak kalah - TMJ
Tunku Ismail meluahkan kekecewaannya kerana JDT tidak bernasib baik susulan diikat gergasi Liga Thailand, Buriram United, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
'Kelab kecil dari Johor ini nombor satu di Asia Tenggara' - TMJ
TMJ menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
Piala Malaysia: JDT belasah KL Rovers 9-0 untuk ke suku akhir
Skuad Harimau Selatan membenam pasukan Liga A1 Semi Pro tersebut, 6-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terakhir di Stadium Sultan Ibrahim.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
TMJ, Erick Thohir rancang masa depan bola sepak Asia Tenggara
Perbincangan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan menjadi topik bualan di antara pemilik JDT, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, bersama Ketua Umum PSSI, Erick Thohir.