awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Putin tegaskan penubuhan negara Palestin sebagai perkara prinsip
NRES tidak kompromi rasuah, sedia beri kerjasama kepada SPRM - Arthur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor cuti 15 Dis ini jika JDT julang Piala FA

Bernama
Bernama
10/12/2025
11:45 MYT
Johor cuti 15 Dis ini jika JDT julang Piala FA
Tunku Ismail bertitah cadangan cuti khas peristiwa pada 15 Dis tersebut adalah bagi meraikan kejayaan pasukan itu yang berpeluang mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut. - Gambar fail/Stadium Astro
JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bercadang mengumumkan cuti khas peristiwa sekiranya Johor Darul Ta'zim (JDT) menjulang Piala FA pada 14 Dis ini.

Ringkasan AI
  • Tunku Mahkota Johor bercadang mengumumkan cuti khas peristiwa jika JDT menang Piala FA pada 14 Disember.
  • Cadangan cuti pada 15 Disember adalah untuk meraikan kejayaan pasukan JDT yang berpotensi mempertahankan kejuaraan.
  • Cadangan cuti khas peristiwa ini diperkenalkan dalam satu program santai bersama penyokong JDT, disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers.

Baginda bertitah cadangan cuti khas peristiwa pada 15 Dis tersebut adalah bagi meraikan kejayaan pasukan itu yang berpeluang mempertahankan kejuaraan buat kali keempat berturut-turut.
Tunku Ismail bertitah sedemikian ketika menjawab soalan mengenai cuti perisitiwa dalam satu program santai Pemangku Sultan Johor bersama penyokong JDT, yang turut disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini.
"Itu sudah tentu, memang cuti...tetapi kalau menang, kalau kalah jangan cuti," seloroh baginda dan disambut gelak tawa oleh orang ramai.
Skuad Harimau Selatan akan menentang Sabah FC yang mencipta sejarah layak ke final Piala FA buat kali pertama dengan mengatasi Selangor FC 5-4 menerusi penentuan penalti, selepas terikat 5-5 secara agregat pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada 30 Nov lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#JDT
#Piala FA
#Selangor FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan