awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jojo beri bayangan kembali gegar pentas ONE Championship

Sinar Harian
Sinar Harian
11/04/2025
01:00 MYT
Jojo beri bayangan kembali gegar pentas ONE Championship
Jojo (kanan) giat menjalani latihan di Kem Superborn, Bangkok. - Foto Instagram/johanghazali
Jojo (kanan) giat menjalani latihan di Kem Superborn, Bangkok.
JAGUH Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memberi bayangan untuk kembali ke pentas pertarungan selepas berehat lebih dua bulan tanpa sebarang aksi kompetitif.
Malah atlet berusia 21 tahun itu sudah bersedia menggegar apabila sudah kembali ke Kem Latihan Superborn di Bangkok, Thailand beberapa hari lalu.
Perkembangan tersebut dikongsi oleh Johan yang mesra disapa Jojo apabila teruja untuk kembali bergelar juara.
Biarpun belum mendedahkan pertarungan seterusnya, namun komitmen Johan di gelanggang latihan menyemarakkan semangatnya untuk misi lebih besar.
"Meninggalkan rumah untuk menukar impian menjadi realiti. Bangkok saya datang.
"Tunggu berita pertarungan. Malaysia boleh! Insya-Allah. Jom lakukan," catat Johan menerusi Instagramnya.
View this post on Instagram
A post shared by MUHAMMAD JOHAN "JOJO" GHAZALI (@johanghazali_)
Johan pada Januari lalu tumpas di tangan lawan dari Colombia, Johan Estupinan menerusi keputusan sebulat suara selepas tamat tiga pusingan dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170 di Bangkok.
Ia merupakan kekalahan kedua Johan dalam lapan pertarungan ONE Championship selepas turut tewas di tangan jaguh Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat pada Jun tahun lalu.
Dia bagaimanapun berjaya bangkit tiga bulan selepas itu selepas menumbangkan jaguh Mexico, Josue Cruz menerusi KO pada ONE 168 di Colorado, Amerika Syarikat untuk kemenangan keenamnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Johan Ghazali Zulfikar
#Jojo
#Kem Latihan Superborn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan