awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan umum tiket perlawanan Manchester United di Bukit Jalil dibuka esok

Bernama
Bernama
14/04/2025
14:17 MYT
Jualan umum tiket perlawanan Manchester United di Bukit Jalil dibuka esok
Penganjur jualan tiket, ShekhinahPR, menasihatkan peminat agar segera mendapatkan tiket melalui laman web rasmi www.myticketempire.com.
KUALA LUMPUR: Tiket perlawanan persahabatan yang dinanti-nantikan antara gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei ini dijangka terjual dengan pantas apabila jualan umum dibuka mulai jam 11 pagi esok.
Penganjur jualan tiket, ShekhinahPR, menasihatkan para peminat agar segera mendapatkan tiket melalui laman web rasmi www.myticketempire.com, yang dijual pada harga antara RM50 hingga RM1,500, berikutan permintaan tinggi semasa akses awal dan sambutan luar biasa dari peminat seluruh rantau ini.
"Malaysia, inilah detik anda. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Manchester United beraksi secara langsung di Bukit Jalil. Jadi sebahagian daripada sejarah -- dapatkan tiket anda dan cipta kenangan bersama," kata kenyataan penganjur hari ini.
Juara EPL sebanyak 13 kali itu kali terakhir beraksi di Malaysia pada siri jelajah pra-musim 2009, di mana mereka menewaskan pasukan pilihan Malaysia dua kali di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Manchester United juga dijadualkan berkunjung ke Hong Kong untuk perlawanan menentang skuad kebangsaan negara itu di Stadium Hong Kong pada 30 Mei, sebelum bertemu Leeds United di Stockholm pada 19 Julai.
Siri jelajah musim panas EPL akan diteruskan di Amerika Syarikat, di mana Manchester United bakal menentang West Ham United (26 Julai), Bournemouth (30 Julai) dan Everton (3 Ogos).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jualan tiket
#perlawanan persahabatan
#Manchester United
#ASEAN All-Stars
#Stadium Nasional Bukit Jalil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan