JUARA dunia Loh Kean Yew terpaksa menarik diri daripada saingan Terbuka Switzerland di St Jakobshalle, Basel selepas pemain nombor 10 dunia tersebut disahkan positif COVID-19.

"Mengalami COVID-19 sejak beberapa hari lalu, itulah sebabnya saya terpaksa menarik diri daripada Terbuka Switzerland. Gejala ringan dan kini sedang memantau keadaan dengan teliti.

"Akan menggunakan masa untuk berehat dan berharap dapat menyambung semula latihan tidak lama lagi sebagai persediaan menghadapi maraton kejuaraan dalam beberapa bulan selepas ini," tulis jaguh perseorangan lelaki Singapura berusia 24 tahun di media sosialnya pada Rabu.

Untuk rekod, Kean Yew tersingkir pada pusingan pertama Seluruh England pada 16 Mac lalu selepas tewas kepada pemain Denmark, Anders Antonsen.