Hanya berbaki satu hari sebelum Anugerah Bola Sepak Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berlangsung, bilangan penonton video jaringan menakjubkan finalis Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri terus mendahului dua pesaing lain.
Setakat 3 petang ini, video yang mula dimuat naik FIFATV di YouTube pada 21 Nov lepas terus mencuri tumpuan peminat apabila ia ditonton 2,362,950 kali.
Ia jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.
Jaringan 'ajaib' Mohd Faiz yang mendapat perhatian dunia itu dilakukan ketika pasukannya Pulau Pinang meraih kemenangan 4-1 ke atas Pahang pada perlawanan Liga Super pada 16 Feb tahun lepas.
Video aksi Marlone ketika menjaringkan gol melalui sepakan gunting ketika membantu pasukannya Corinthians mencatat kemenangan 6-0 ke atas Cobresal pada aksi Copa Libertadores, ditonton 1,474,416 kali.
Aksi memukau Daniuska menggelecek beberapa pemain ketika mewakili negaranya menentang Colombia sebelum menjaringkan gol pada Kejohanan Sudamericano Wanita Bawah 17 Tahun pula ditonton 1,157,572 kali di Youtube.
Anugerah Puskas dinamakan bersempena penyerang legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjulang tiga gelaran Eropah bersama pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dari tahun 1959 hingga 1966. -- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2017

Setakat 3 petang ini, video yang mula dimuat naik FIFATV di YouTube pada 21 Nov lepas terus mencuri tumpuan peminat apabila ia ditonton 2,362,950 kali. -Bernama

Raja Charles beri sokongan emosi kepada pesakit kanser
Dalam titahnya, Raja Charles menekankan kepentingan sokongan komuniti kepada pesakit kanser.

Lebih 10,000 pengunjung jangka meriahkan Hari Pekerja 2025, PM Anwar rasmi sambutan
Bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa', sambutan tahun ini menzahirkan pengiktirafan terhadap peranan pekerja sebagai tulang belakang negara.

Sekurang-kurangnya 3 maut akibat gangguan elektrik di Sepanyol
Polis sedang menyiasat kemungkinan keracunan karbon monoksida akibat penggunaan generator elektrik yang rosak sebagai punca kematian.
Tiga angkasawan China selamat kembali ke Bumi
Tiga angkasawan China daripada misi Shenzhou-19 selamat kembali ke Bumi pada Rabu selepas enam bulan berada di stesen angkasa Tiangong.
AS, Ukraine meterai perjanjian sumber asli
Amerika Syarikat dan Ukraine menandatangani perjanjian yang memberi akses eksklusif kepada AS untuk melabur dalam projek sumber asli utama Ukraine, menurut laporan Bloomberg.
11 himpunan kempen terakhir dijadual hari ini
Sebanyak 11 perhimpunan dijadual berlangsung pada hari terakhir kempen Pilihan Raya Umum Singapura (PRU2025) hari ini, menjelang hari pengundian pada Sabtu nanti.
India tutup ruang udara kepada Pakistan
India menutup ruang udaranya kepada semua syarikat penerbangan Pakistan, pada Rabu.
Kebakaran hutan landa pinggir Baitulmaqdis, tiga komuniti dipindahkan
Kebakaran hutan yang marak di pinggir Baitulmaqdis pada Rabu memaksa pemindahan beberapa komuniti serta penutupan lebuh raya utama.

AS, Ukraine tandatangani perjanjian mineral
Perjanjian ini adalah langkah strategik untuk pemulihan dan pembangunan semula negara itu selepas kemusnahan akibat perang.
Kebuluran landa Gaza, dapur amal tutup akibat sekatan
Puluhan penduduk Palestin berkumpul di dapur amal di Deir al Balah dan Nuseirat, Gaza Tengah pada Rabu untuk mendapatkan satu-satunya hidangan harian mereka.

Kerajaan Pulau Pinang beri RM50,000 kepada Faiz Subri
Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan imbuhan sebanyak RM50,000 kepada Mohd Faiz Subri atas kejayaannya memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland, Isnin lepas.

Jangan pertikai kejayaan Mohd Faiz Subri rangkul anugerah Puskas FIFA - Khairy
Kejayaan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri memenangi Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland tidak sepatutnya dipersoalkan oleh sesetengah pihak.

Anugerah Puskas 2016: Faiz Subri terima ganjaran RM150,000
Pemain Pulau Pinang yang juga pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri, bakal menerima ganjaran keseluruhan RM150,000.

Jumlah tontonan jaringan Faiz Subri tertinggi menjelang Anugerah Puskas 2016
Ia jauh meninggalkan video aksi jaringan Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Venezuela, Daniuska Rodriguez.

Mohd Faiz terima persalinan tradisional Melayu
Pemain tengah Pulau Pinang Mohd Faiz Subri menerima persalinan lengkap busana tradisional Melayu berserta tanjak Mahkota Alam daripada Armada Melaiu Malaysia.

Anugerah Puskas: Faiz Subri akui debaran semakin hebat
Calon akhir anugerah Puskas FIFA 2016 Mohd Faiz Subri mengakui debaran yang dirasainya semakin hebat sebelum berlepas ke Zurich, pagi esok.

FAM taja tiket penerbangan isteri, anak Faiz Subri ke Zurich
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menaja tiket penerbangan untuk keluarga Mohd Faiz Subri ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri Majlis Anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.

Faiz tonton Ronaldo, Messi buat sepakan percuma melalui YouTube - Bapa
Subri berkata bakat Mohd Faiz dalam bola sepak sudah dikesan seawal usia dua tahun lagi, apabila dia boleh menggelecek bola dengan begitu baik sekali di usia semuda itu.

Anugerah Puskas: Ayuh rakyat Malaysia, viralkan undian untuk Faiz Subri - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin meminta rakyat negara ini mengundi gol cantik Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam Anugerah Puskas FIFA 2016.