KOTA BHARU: Hanya selepas enam bulan bersama Kelantan FC, jurulatih penjaga gol pasukan Riccardo Mattioli meletakkan jawatan, berkuat kuasa hari ini.
Menurut kenyataan The Red Warriors, jurulatih berasal dari Itali itu membuat keputusan tersebut atas urusan keluarga yang tinggal di negara asal serta faktor kesihatan ibunya.
"Beliau (Mattioli) merupakan antara individu yang sangat penting dalam pasukan bagi membentuk penjaga gol pasukan Kelantan FC iaitu Faridzuean Kamaruddin, Nik Amin Ahmad, Farizal Harun dan Asfa Abidin.
"Kehadiran beliau bersama pasukan musim ini memberikan impak positif kepada penjaga gol dengan menunjukkan aksi cemerlang dalam setiap perlawanan," demikian menurut kenyataan itu yang dimuat naik melalui Facebook, hari ini.
Mattioli bagaimanapun menyatakan hasrat akan kembali bersama pasukan berkenaan, suatu hari nanti.
"Mattioli seorang yang sangat mesra bersama pemain dan barisan kejurulatihan lain. Ketiadaan beliau amat dirasai oleh pihak kami seluruh warga Kelantan FC dan pihak kami akur dengan keputusan yang dibuat oleh beliau," menurut kenyataan itu lagi.
Kelantan FC juga merakamkan penghargaan atas perkhidmatan profesional yang diberikan Mattioli, sepanjang berada bersama pasukan Kelantan FC.
Sebelum ini, Mattioli yang berusia 27 tahun,dibawa masuk bersama Marco Ragini sebagai ketua jurulatih Kelantan FC bagi memperkasa pasukan itu dengan 'ramuan' Itali dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
Kelantan FC juga merakamkan penghargaan atas perkhidmatan profesional yang diberikan Mattioli, sepanjang berada bersama pasukan Kelantan FC. - Instagram
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Jurulatih penjaga gol Kelantan FC letak jawatan
Jurulatih dari Itali itu membuat keputusan tersebut atas urusan keluarga yang tinggal di negara asal serta faktor kesihatan ibunya.