awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes tembakan: Polis Selangor giat lakukan operasi bersama JSJ Bukit Aman
Penentuan sempadan Malaysia-Indonesia bukan bersandarkan prinsip pampasan, untung rugi - PM Anwar
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurulatih penjaga gol Pulau Pinang cedera, bas dibaling batu

Bernama
Bernama
10/04/2016
01:46 MYT
Jurulatih penjaga gol Pulau Pinang cedera, bas dibaling batu
Keadaan salah satu sisi cermin bas yang pecah akibat dibaling batu. - Foto sumber Twitter
Jurulatih penjaga gol Pulau Pinang, Maquinshop Domingues Prep cedera selepas bas yang membawa skuad negeri itu dibaling batu tidak lama selepas meninggalkan Stadium Darul Aman di sini malam tadi.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar Supt Rohana Omar, jurulatih itu cedera di lengan akibat terkena serpihan kaca selepas bas berkenaan dilempar dengan sembilan batu.
"Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 malam di Lebuhraya Darul Aman apabila empat batu yang dilempar terkena cermin bahagian hadapan bas manakala lima lagi terkena badan bas," katanya ketika dihubungi.
Insiden berlaku sejurus bas skuad negeri itu meninggalkan stadium selepas perlawanan Liga Super menentang tuan rumah, Kedah yang berkesudahan seri 2-2.
Ia dikatakan berlaku ketika bas menghampiri Taman Tunku Habsah, kira-kira satu kilometer dari stadium itu.
Katanya laporan polis berkenaan insiden tersebut telah dibuat dan pihaknya kini sedang mengenal pasti kumpulan individu yang melakukan perbuatan itu.
Topic Berkaitan
#bas Pulau Pinang dibaling batu
#bola sepak
#cedera terkena kaca
#Liga Super
#Maquinshop Domingues Prep
#Stadium Darul Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan