awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Justin Kluivert mungkin ke United Januari ini

Astro Arena
Astro Arena
25/12/2017
00:13 MYT
Justin Kluivert mungkin ke United Januari ini
Mourinho telah menegaskan beliau bersedia untuk menandatangani Justin Kluivert (gambar) seawal bulan depan. - REUTERS/Fail
PEMAIN sasaran Manchester United, Justin Kluivert, menjaringkan gol yang cantik buat Ajax ketika bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar kemenangan ke atas 3-1 Willem II, pada Ahad.
Pemain berusia 18 tahun itu melakukan gerakan daripada sayap kiri sebelum melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, Mattijs Branderhorst, ketika membantu pasukannya bangkit untuk mencipta kemenangan di Amsterdam Arena.
Ia merupakan gol kelima Kluivert bagi musim ini, dengan prestasi semasanya ini meningkatkan lagi peluang untuk menyertai United, Januari ini.
Pengurus United, Jose Mourinho, telah menegaskan beliau berminat dengan pemain sayap itu, yang merupakan anak kepada bekas penyerang Barcelona dan Belanda Patrick Kluivert, dan bersedia untuk menandatangani pemain tersebut seawal bulan depan.
Jaringan Kluivert hadir kurang daripada 24 jam selepas United bolos pada masa kecederaan untuk seri 2-2 dengan Leicester City.
Selepas perlawanan, Mourinho menyelar pemain-pemainnya di atas persembahan mereka, selepas Anthony Martial dan Marcus Rashford terlepas peluang satu lawan satu manakala percubaan Jesse Lingard terkena palang.
Kasper Dolberg dan David Neres turut menemui sasaran buat Ajax.
Topic Berkaitan
#Ajax
#Anthony Martial
#David Neres
#jesse lingard
#Jose Mourinho
#Justin Kluivert
#Kasper Dolberg
#Manchester United
#Marcus Rashford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan