awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apple tawar stor aplikasi pihak ketiga di Brazil selepas ditegur pihak berkuasa
Gambar dimuat naik ke X kini boleh disunting, dijana semula guna AI
NVIDIA bayar US$20 bilion, ambil alih teknologi Groq
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KAFA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan gaji 11 bekas pemain

Bernama
Bernama
14/01/2021
12:14 MYT
KAFA bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan gaji 11 bekas pemain
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan tunggakan gaji daripada 11 bekas pemain pasukan bola sepak Kelantan (Kelantan FC).
KOTA BHARU:Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tuntutan tunggakan gaji daripada 11 bekas pemain pasukan bola sepak Kelantan (Kelantan FC).
Setiausaha Agung KAFA Hussin Deraman berkata baki hutang itu adalah tanggungjawab pihaknya, selepas Kelantan FC dimiliki sepenuhnya oleh ahli perniagaan Norizam Tukiman, sejak September tahun lepas.
"Ini (tuntutan itu) diluar senarai RM6.8 juta yang terlibat dalam perjanjian bersama Norizam, ketika membeli saham 100 peratus pasukan Kelantan. Jadi buat masa ini saya tidak boleh beri kenyataan selebihnya," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
BACA: Kafa, MUSA diarah jelaskan tunggakan gaji pemain
Terdahulu, Bernama melaporkan Kelantan FC akan dikenakan tindakan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Premier musim ini, sekiranya KAFA gagal melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemain pasukan berkenaan.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam dipetik sebagai berkata, keputusan itu dicapai pada Jawatankuasa Status FAM dan bakal dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM, sekiranya KAFA gagal melunaskan tunggakan tersebut dalam tempoh yang ditetapkan.
"Walaupun proses pemisahan status daripada persatuan bola sepak kepada kelab bola sepak sudah selesai, tindakan masih boleh diambil ke atas mana-mana pasukan kerana isu ini melibatkan kebajikan pemain," kata Stuart.
Sebelum ini, dilaporkan 11 bekas pemain Kelantan telah membuat tuntutan rasmi berjumlah RM187,778.92 kepada KAFA, antaranya Muhammad Fauzi Rozlan berjumlah RM63,628.18, Muhammad Zulfahmi Awang (RM50,000), Muhammad Afiq Azuan (RM32,141.99) dan Wan Mohammed Afiq Wan Mohamed Kasbi (RM21,000).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KAFA
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#Hussin Deraman
#tunggakan gaji
#Kelantan FC
#baki hutang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan