awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kafa, MUSA diarah jelaskan tunggakan gaji pemain

Bernama
Bernama
13/01/2021
08:27 MYT
Kafa, MUSA diarah jelaskan tunggakan gaji pemain
Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohd Joehari Ayub dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan tersebut dicapai jawatankuasa itu yang bermesyuarat pada Khamis lepas.
KUALA LUMPUR:Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memulakan tahun 2021 dengan langkah kiri apabila diarah melunaskan tunggakan gaji 11 bekas pemain tempatan yang keseluruhannya berjumlah RM187,778.92.
Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Mohd Joehari Ayub dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan tersebut dicapai jawatankuasa itu yang bermesyuarat pada Khamis lepas.
Menurut kenyataan itu, Kafa dikehendaki membayar tunggakan gaji kepada Muhammad Fauzi Rozlan sebanyak RM63,628.18, Muhammad Zulfahmi Awang (RM50,000), Muhammad Afiq Azuan (RM32,141.99) dan Wan Mohammed Afiq Wan Mohamed Kasbi (RM21,000).
Kafa juga perlu melunaskan tunggakan gaji Mohamad Azzrie Aripin sebanyak RM4,075, Muhammad Syafiq Syahmi Husin (RM3,877), Muhammad Fahmi Izzuddin Ab Rahman (RM2,681), Ahmad Fathi Irfan Azlan (RM3,279), Muhammad Fikri Hakim Kama (RM1,289.50), Ahmad Hamzalah Zulkiflee (RM2,681) dan Mohamad Fazliera Ezlan Mohd Rosli (RM3,126.25).
Jawatankuasa Status FAM turut memutuskan bahawa tunggakan gaji berjumlah RM97,500 perlu dilangsaikan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) kepada bekas pemainnya, Curran Lawrance Singh Ferns.
"Tuntutan pengadu telah diterima sebahagiannya dan MUSA dikehendaki membayar tunggakan gaji sebanyak RM97,500.00 (tertakluk kepada potongan wajib pendapatan)," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KAFA
#MUSA
#tunggakan gaji
#gaji pemain
#bola sepak
#Persatuan Bolasepak Kelantan
#Persatuan Bola Sepak Melaka United
#FAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan