KAPTEN Real Madrid, Sergio Ramos, percaya finalis Liga Juara-Juara Eropah itu akan tercatat dalam sejarah di atas pencapaian yang diraih dibawah kendalian Zinedine Zidane.
Gergasi LaLiga itu bakal bertemu Liverpool dalam aksi final di Kiev pada Sabtu ini, sekali gus menjadi pentas akhir yang ketiga berturut-turut dibawah bimbingan pengendali dari Perancis itu.
Madrid menjadi satu-satunya pasukan dalam format moden yang meraih gelaran juara dalam dua edisi berturut-turut dan telah menjulang lapan trofi secara keseluruhan sejak Zidane mengambil-alih pasukan pada Januari 2016.
Situasi itu membuatkan Ramos memuji cara Zidane mengendalikan bilik persalinan dengan corak positif -- sesuatu yang disifatkan sebagai perubahan besar sejak dirinya berada di Santiago Bernabeu -- sambil mencipta skuad Madrid yang bermutu tinggi.
"Menjadi satu penghormatan dan pulangan hebat apabila dapat kembali dan beraksi dalam satu lagi aksi final. Kami berpeluang memenanginya sekali lagi dan ia sangat penting buat kami," kata pemain berusia 32 tahun itu.
"Ia tampak seperti kami diberikan hadiah final sekali lagi tetapi sebenarnya, sukar untuk tiba di sini. Kami menjadikan setiap kesukaran kepada sesuatu yang mudah.
"Sukar untuk melakukan apa yang telah kami raih dan saya rasa kami adalah pasukan yang bermutu tinggi. Saya meluangkan masa bertahun-tahun di Madrid dan terdapat sesetengah musim dimana kami gagal untuk memberikan impak kepada saingan di Eropah.
"Selain itu, amat penting untuk mewujudkan kestabilan dalam pasukan. Apabila saya tiba di sini, terdapat banyak perubahan pengurus dan presiden. Bilik persalinan diasingkan dan ia tidak bagus.
"Kini, segalanya berada dalam keadaan yang terbaik. Kami bersatu dan ia menjadi kunci kejayaan kami. Tiada ego," tambahnya.
Astro Arena
Tue May 22 2018
RAMOS: Menjadi satu penghormatan dan pulangan hebat apabila dapat kembali dan beraksi dalam satu lagi aksi final.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
KESUMA ikrar laksana latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berikrar akan berusaha sebaik mungkin untuk pelaksanaan latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia.
Stres tempat kerja wujud, perlu kemahiran tanganinya
Stres di tempat kerja sememangnya wujud, tetapi perlukan kemahiran untuk menanganinya.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Pakar Psikologi Kaunseling UPNM, Prof Datuk Dr Mohd Fadzil Che Din berpandangan jika stress tidak ditangani ia akan menyebabkan seseorang individu merasa tertekan yang boleh menjurus kepada masalah kesihatan mental.
Boleh guna kad debit & kredit di semua kaunter khidmat pelanggan - Rapid Rail
Pengguna perkhidmatan pengangkutan awam rel kini boleh menggunakan kad debit atau kredit di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail), bermula Selasa.
Sistem pendidikan ketinggalan, MASA gesa kerajaan tidak bersikap pasif
Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan segera dan tidak hanya bersikap pasif terhadap laporan Bank Dunia bertajuk “Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills” yang memberi gambaran membimbangkan tentang sistem pendidikan tahap awal di Malaysia.
Gaji penjawat awam akan dinaikkan dengan kadar lebih 13 peratus
Kenaikan gaji Penjawat Awam akan meningkat lebih 13 peratus yang akan melibatkan peruntukan lebih RM10 billion.
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Perkara ini akan dilaksanakan bermula Disember 2024.
#AWANInews
Kepentingan pekerja Semenanjung, Sabah dan Sarawak diselaraskan
Kerajaan Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Labour Ordinance Cap 67) dan Sarawak (Ordinan Buruh Sarawak - Bab 76) untuk diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
RUU Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2024 dan RUU Ordinan Buruh Sarawak akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.
#AWANInews
Pendapatan penjawat awam lebih RM2,000 sebulan di bawah SSPA baharu
Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Di bawah SSPA yang sedang diperincikan, Kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan.
#AWANInews
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu tidak terpakai untuk semua
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam yang baharu melihat aspek menyeluruh dan tidak terpakai untuk semua.
"Kalau rekod kerja tidak membanggakan, malas, sering lambat, tidak memberi tumpuan yang baik, mereka akan dipantau dan tidak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
"Kalau rekod kerja tidak membanggakan, malas, sering lambat, tidak memberi tumpuan yang baik, mereka akan dipantau dan tidak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan," tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
Pemimpin kerajaan perlu akur dengan SSPA
Mana-mana pemimpin yang memegang tampuk kepimpinan negara, perlu akur bahawa penjawat awam perlu diberikan sokongan dengan menambahbaik sistem saraan perkhidmatan awam (SSPA).
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.