KETUA jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, sudah berusaha untuk mendapatkan khidmat pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Feroz Baharudin, untuk tersenarai dalam skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan Piala Asia 2023.
Pan-gon telah menyenaraikan skuad Malaysia bagi menghadapi saingan Piala Asia yang dijadualkan pada 12 Januari hingga 10 Februari.
Bagaimanapun, jurulatih kelahiran Korea Selatan itu mengakui beliau sedikit terkilan kerana mereka tidak dapat menggunakan khidmat tiga pemain pertahanan - Sharul Nazeem Zulpakar, Azam Azmi Murad dan Muhamad Feroz Baharudin.
Kelibat Feroz tidak berada dalam pasukan sebelum ini menjadi perbualan apabila prestasi yang cemerlang ditampilkan di peringkat kelab tidak dapat dilihat sambil menyarung jersi Harimau Malaya.
Pan-gon berkata, "Saya sangat gembira kerana semua pilihan saya dapat, kecuali dua pemain Khairul Nazeem dan Azam Azmi kerana kecederaan, jadi kami tidak boleh pilih, Feroz juga kami cuba dapatkan tetapi dia ada perancangan untuk berkahwin.
"Ia adalah skuad terbaik setakat ini, saya gembira dengan pemilihan ini,” katanya pada hari pertama kem latihan pusat di Wisma FAM Kelana Jaya, semalam.
"Diharapkan pemain berpengalaman ini dapat menggunakan pengalaman mereka untuk memberikan tunjuk ajar dan membimbing pemain muda, supaya lebih tenang dan yakin. Kita belajar sesuatu daripada kejohanan lepas iaitu kita tidak seharusnya terlalu yakin,” katanya.
Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piasa Asia secara merit, akan menentang Jordan dalam aksi pembukaan Kumpulan E pada 15 Januari, diikuti Bahrain (20 Januari) dan juara dua kali yang juga pasukan pilihan Korea Selatan pada 25 Januari.
Skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Doha pada 1 Januari dan akan menentang Syria dalam perlawanan persahabatan tertutup pada 8 Januari. - Stadium Astro
Astro Arena
Wed Dec 27 2023
Kelibat Feroz tidak berada dalam pasukan sebelum ini menjadi perbualan apabila prestasi yang cemerlang ditampilkan di peringkat kelab tidak dapat dilihat sambil menyarung jersi Harimau Malaya. - Stadium Astro
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Park Hang-seo calon kemudi Harimau Malaya - Hamidin
ASEAN Football menyatakan bekas ketua jurulatih Vietnam, Hang-seo, merupakan salah seorang calon untuk mengambil alih skuad Malaysia.
Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Datuk Hamidin Amin, menyifatkan Kim Pan-gon, sebagai tidak profesional susulan tindakan pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan Malaysia.
FAM percaya sokongan peminat terhadap Harimau Malaya kekal utuh
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) percaya sokongan padu peminat tanah air terhadap pasukan bola sepak negara tetap utuh meskipun Kim Pan Gon tidak lagi bersama skuad Harimau Malaya.
Mickey pegang kata-kata Pan-gon untuk bangkit beraksi semula
Walaupun tidak lagi bekerjasama dalam skuad Harimau Malaya, pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim akan tetap memegang kata-kata bekas pengendali, Kim Pan-gon.
Kim Pan-gon sah ke Ulsan Hyundai sebagai ketua jurulatih ke-12
KIM Pan-gon, yang terkenal dengan pengalaman luasnya sebagai jurulatih dan pengurus pasukan bola sepak, kini akan menerajui Ulsan HD.
Tak wajar salahkan Hamidin punca Pan-gon letak jawatan - PFA
Adalah tidak wajar untuk menyalahkan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dengan peletakan jawatan Kim Pan-gon.
Faisal Halim, Sumareh umpama 'Tom and Jerry' - Kim Pan-gon
Bekas ketua jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon, menceritakan tentang kenakalan anak buahnya sewaktu latihan skuad kebangsaan.
Kita tidak fikir cari pengganti, jurulatih baru, ketika ini - Yusoff Mahadi
Sekiranya Pau gagal dalam dua kejohanan terdekat, cadangan pencarian jurulatih 'fresh' yang disarankan Tengku Ismail bakal dipertimbangkan.
AFC ucap terima kasih kepada Kim Pan-gon
AFC memuat naik hantaran mengandungi ucapan terima kasih kepada bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Tak timbul isu Pan-gon perlu bayar pampasan kepada FAM
Pengendali berusia 55 tahun itu telah menjelmakan pelbagai perkara positif sepanjang tempoh dua setengah tahun.