Penjaga gol Pahang, Helmi Eliza Elias, mengakui tertekan dengan beberapa siri kekalahan yang melanda pasukan itu tetapi positif mereka akan beraksi dengan baik ketika berdepan Kuala Lumpur dalam saingan Piala Malaysia malam ini.
Kekalahan demi kekalahan yang dialami skuad Tok Gajah hingga terperosok di tangga tercorot Liga Super, nyata memberi tekanan kepada Helmi dan juga rakan sepasukannya.
Bekas penjaga gol Kedah ini tidak mahu perjuangan mereka terhenti begitu sahaja meskipun sedar mereka mempunyai peluang tipis untuk mara ke suku akhir Piala Malaysia.
Apa yang penting, dia mahu meraih kembali semangat pasukan yang semakin hilangdengan memastikan Kuala Lumpur tunduk kepada mereka malam ini.
"Kami memang merasai tekanan, dengan kedudukan pasukan yang kini berada di tangga tercorot.
"Saya tetap merasakan semangat perjuangan kami masih ada lagi untuk pasukan Pahang."
Helmi yang juga bekas penjaga gol kebangsaan, mahu membina kembali kerjayanya bersama skuad Pahang sebaik mungkin selepas sekian lama aksinya tidak ditagih oleh pasukan itu.
"Saya bersyukur kerana pihak pengurusan Pahang dan jurulatih memberi kepercayaan kepada saya, serta memilih saya untuk beraksi.
"Ini ibarat kerjaya saya mati hidup kembali. Saya akan mencuba untuk melakukan yang terbaik demi pasukan Pahang."
Selain pertemuan Pahang dan Kuala Lumpur, turut berlangsung tiga lagi pertemuan pada malam ini, iaitu Kelantan bertemu Selangor, Terengganu menentang Felda United, dan Melaka melayani kunjungan Negeri Sembilan.
Bernama
Fri Aug 12 2016
HELMI: Tidak mahu perjuangan terhenti begitu sahaja. - Foto Wikipedia
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Skuad tenpin bowling raih pingat emas pada Kejohananan Bowling Lelaki Dunia
Pasangan beregu lelaki, Adrian Ang dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Bowling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong.
Hari Bola Sepak Akar Umbi secara tahunan - FAM
Persatuan Bola sepak Malaysia berhasrat menganjurkan Hari Bola sepak Akar Umbi secara tahunan, kata setiausaha agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Welson Sim, Fatehah Olimpian Terbaik 2017
Perenang negara, Welson Sim, dan pelumba basikal trek, Fatehah Mustapa, diumumkan sebagai penerima Anugerah Olimpian Terbaik 2017.
Sukan SEA: Skuad tenis intai slot perlawanan akhir
Lima pingat emas ditawarkan dalam acara tenis yang merangkumi acara perseorangan, beregu, lelaki dan wanita serta beregu campuran.
Kami patut menang - Zidane
Keputusan seri 2-2 di Balaidos menyaksikan Madrid tumpas 4-3 menerusi agregat, dengan Celta mara ke separuh akhir buat musim kedua berturut-turut.
Felipe Massa tangguh persaraan dalam kancah F1
Tidak dapat menolak tawaran setahun lagi untuk beraksi dalam F1 bagi membantu pasukan Williams bersaing secara kompetitif tahun ini.
Manchester United atasi Real Madrid, Barcelona sebagai kelab terkaya dunia
Juara 20 kali EPL itu memperoleh pendapatan sebanyak 689 juta Euro (RM3.2 bilion) hasil daripada hak komersial yang meningkat kepada 100 juta Euro (RM4.7 juta).
Kelab China berang dikaitkan dengan James Rodriguez
Hebei Fortune menyifatkan laporan media sudah melampaui batas kerana mengada-adakan sesuatu yang ternyata tidak benar.
Xabi Alonso masih belum sedia untuk bersara
Kontrak pemain berusia 35 tahun itu di Allianz Arena dijangka berakhir pada hujung musim ini dengan pemain itu masih belum menandatangani kontrak pembaharuan.
BAM ambil langkah proaktif cari pemain pelapis untuk musim 2017
Pemilihan yang dijalankan di Stadium Badminton Bukit Kiara sejak Rabu lalu telah menghimpunkan seramai 100 pemain remaja dari seluruh tanah air.