awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanada tamatkan penantian 36 tahun ke Piala Dunia

Astro Arena
Astro Arena
28/03/2022
00:34 MYT
Kanada tamatkan penantian 36 tahun ke Piala Dunia
Pemain Kanada meraikan kejayaan menewaskan Jamaica dalam kelayakan Piala Dunia zon CONCACAF di Toronto, 27 Mac 2022. (Foto AP)
KANADA 4 JAMAICA 0
Kanada layak ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Jamaica 4-0 dalam perlawanan kedua terakhir pusingan kelayakan awal pagi tadi.
Les Rouges merupakan pasukan yang amat menyerlah dalam zon CONCACAF dan sejak dari awal kelihatan berpotensi untuk layak ke kejohanan utama.
Bagaimanapun, mereka melepaskan peluang lebih awal apabila tewas 0-1 kepada Costa Rica, Jumaat lalu tetapi kali ini, mereka menyudahkan tugasan berkenaan dengan penuh gemilang.
Cyle Larin memberikan kelegaan selepas memanfaat hantaran Stephen Eustaquio untuk membuka jaringan pada minit ke-13 dan walaupun Kanada kerap mensia-siakan peluang terhidang, mereka menggandakan kelebihan itu hasil tolakan Tajon Buchanan sebelum waktu rehat.
Junior Hoilett menjadikan kedudukan 3-0 pada lapan minit terakhir sebelum gol sendiri Adrian Mariappa menutup malam gemilang untuk diraikan di Toronto.
WE ARE CANADA! WE ARE GOING TO QATAR!#CANMNT #ForCanada #WCQ pic.twitter.com/j6hZYGETak
— Canada Soccer (@CanadaSoccerEN) March 27, 2022
Canada tidak pernah layak ke Piala Dunia sejak kali terakhir mengambil bahagian di Mexico pada 1986 -- tewas kesemua tiga perlawanan peringkat kumpulan.
Bagaimanapun, berbekalkan pemain generasi emas di bawah bimbingan John Herdman, mereka tidak berdepan masalah untuk melayakkan diri ke Qatar.
The Maple Leaf hanya tewas sekali sepanjang kempen pusingan ketiga dan pusingan akhir kelayakan zon CONCACAF, di mana mereka turut menewaskan Amerika Syarikat dan Mexico di laman sendiri dan tempat lawan.
Mereka juga melonjak ke tangga ke-33 ranking dunia bulan lalu dan tanpa mengira keputusan perlawanan Amerika Syarikat dan Mexico dalam aksi terakhir, Kanada hanya memerlukan satu lagi mata ketika menentang Panama pada Rabu depan untuk bergelar juara kumpulan.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Jamaica
#Kanada
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan