awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kane akan kembali bersama Spurs 'seperti yang dirancang'

Astro Arena
Astro Arena
07/08/2021
02:39 MYT
Kane akan kembali bersama Spurs 'seperti yang dirancang'
Kane diberikan tempoh rehat lanjutan selepas membawa Three Lions ke final Euro 2020 bulan lalu. - Gambar fail
HARRY Kane menegaskan dia tidak pernah enggan untuk berlatih dan akan kembali ke Tottenham Hotspur 'seperti yang dirancang' selepas terdapat kebimbangan dalam masa depannya.
Kane -- sasaran bagi Manchester City -- menjadi tajuk utama apabila tidak melapor diri untuk sesi latihan bersama Spurs, yang enggan memberi komen secara terbuka mengenai perkara itu.
Kapten England itu diberikan tempoh rehat lanjutan selepas membawa Three Lions ke final Euro 2020 bulan lalu.
Kane telah menjadi subjek spekulasi perpindahan sejak memberikan bayangan Mei lalu bahawa dia mahu meninggalkan Spurs.
City berkata berminat dengan pemain berusia 28 tahun itu dan dilaporkan telah membuat bidaan bernilai GBP100 juta.
BACA: Euro 2020: Kane pimpin England ke separuh akhir dengan penuh bergaya
BACA: City pecah rekod perpindahan EPL tandatangani Grealish
Semalam Pep Guardiola mengesahkan mahu mendapatkan khidmat Kane, tetapi menegaskan saga perpindahan pemain tersebut akan berakhir jika Tottenham enggan berunding.
Kane menerima kritikan daripada beberapa pihak kerana gagal melapor ke latihan di bawah kendalian Nuno Espirito Santo, yang mengaku Khamis lalu bahawa dia belum bercakap dengan Kane.
Namun, Kane mengatakan sentiasa dalam perancangan untuk bergabung semula dengan skuad Tottenham hari ini.
pic.twitter.com/x5nXkyvqo1
— Harry Kane (@HKane) August 6, 2021
Topic Berkaitan
#Harry Kane
#latihan
#gagal lapor diri
#Tottenham Hotspur FC
#England
#Euro 2020
#rehat
#spekulasi
#perpindahan
#masa depan
#bidaan
#kritikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan