awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kante sertai Al-Ittihad apabila kontrak bersama Chelsea tamat

Astro Arena
Astro Arena
22/06/2023
04:03 MYT
Kante sertai Al-Ittihad apabila kontrak bersama Chelsea tamat
Kante menyertai Leicester pada 2016 dan telah memenangi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan Piala FA semasa berada di Stamford Bridge.- Fail/Stadium Astro
N’GOLO KANTE akan menyertai kelab Arab Saudi, Al-Ittihad, apabila kontrak Chelseanya tamat pada akhir Jun, kelab itu mengesahkannya.
Pemain tengah berusia 32 tahun itu menyertai Leicester pada 2016 dan telah memenangi Liga Perdana Inggeris, Liga Juara-Juara dan Piala FA semasa berada di Stamford Bridge.
Dia telah menjadi sebahagian daripada kejayaan mengejut The Foxes di bawah bimbingan Claudio Ranieri selepas tiba di England dari Caen pada 2015, hanya dua tahun selepas bermain di divisyen keempat Perancis.
Pengarah sukan bersama Chelsea, Laurence Stewart dan Paul Winstanley memberitahu laman web kelab, “Impak dan pengaruh N’Golo semasa dia bersama Chelsea tidak boleh dipertikaikan. Persembahan tanpa jemu di bahagian tengah menyumbang kepada beberapa trofi kemenangan dan telah menjaminnya tempat dalam sejarah kelab.
"Kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya ketika dia memulakan babak seterusnya dalam kerjayanya."
Musim terakhirnya di kelab itu terjejas oleh kecederaan, dia memerlukan pembedahan hamstring pada bulan Oktober dan tidak beraksi ketika pasukan di bawah kendalian bekas pengurus, Graham Potter sehingga Mac, hanya membuat tujuh penampilan Liga Perdana Inggeris sepanjang kempen. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#N'Golo Kante
#Chelsea
#Al-Ittihad
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan