KOTA KINABALU: Pemain import Sabah FC, Park Tae-su, yang mesra dengan panggilan 'Karim' dalam kalangan peminat tempatan, melanjutkan kontraknya bersama skuad 'The Rhinos' selama dua musim sehingga penghujung 2024.
Sabah FC, menerusi kenyataan malam tadi, memaklumkan sambungan kontrak pemain pertahanan kelahiran Korea Selatan itu disahkan pengurus pasukan, Ahmad Marzuki Nasir.
Sejak 2019, pemain berusia 32 tahun itu membantu Sabah muncul juara Liga Premier dan layak ke Liga Super sebelum mempamerkan aksi lebih mantap di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee yang menyaksikan Sabah menamatkan Liga Super 2022 di tempat ketiga liga.
Pemain, yang fasih berbahasa Melayu itu, beraksi cemerlang musim ini dan menjadi antara nadi utama skuad 'The Rhinos' apabila berjaya meledak lapan gol musim ini,
Menerusi ruangan komen media sosial Ahmad Marzuki, yang berkongsi perkara itu, rata-rata penyokong Sabah FC menyambut baik lanjutan kontrak Tae-su bersama Sabah FC.
Malahan ada penyokong yang meminta agar pemain import yang pernah menjulang juara Liga Premier pada 2019 bersama Sabah FC itu diberikan kerakyatan menerusi program naturalisasi.
Tae-su pernah menarik tumpuan dunia bola sepak apabila gol sepakan percumanya ketika menentang PJ City FC menjadi tular yang turut mendapat perhatian laman sosial Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

Ada kalangan penyokong yang meminta agar Tae-su diberikan kerakyatan menerusi program naturalisasi. - Facebook Park Tae Su

Pantau Kerajaan Baharu: Cari keseimbangan pembangunan, warisan dan identiti negara
Sempena Hari Wilayah, tetamu, Ts Dr Shahariah Norain Shaharuddin, Pensyarah Kanan (Konservasi Warisan), Fakulti Alam Bina dan Ukur akan mengupas bagaimana kita semua boleh mencari keseimbangan dalam menyokong kerancakan pembangunan pada masa sama, tetap teguh memelihara seni bina warisan seperti bangunan bersejarah, masjid, tempat kediaman yang menjadi identiti negara.

Lebih 25,000 unit kediaman, komersil dibina sejak 50 tahun - Naza TTDI
Syarikat akan terus memanfaat pengalaman dan pencapaian dalam membina perbandaran terkemuka berskala besar, projek premium dan mercu tanda.

Mangsa banjir di Sabah berkurangan
Daerah terjejas turut berkurang daripada empat daerah kepada tiga daerah sahaja.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023] AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007490/16117688611675212323924_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [01 Februari 2023]
Ketahui berita yang anda perlu tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Gee Gee Ahmad. - Program mesra rakyat sempena Hari Wilayah Persekutuan 2023 hari ini. - Menu Rahmah: Lebih 15,000 restoran tawar juadah RM5 bantu golongan B40. - Anwar terima teguran, akan beri penjelasan lantikan Nurul Izzah. #AWANInews

Wanita Indonesia maut selepas bersalin di rumah
Mayatnya telah dibawa ke Forensik Hospital Rembau untuk di tujuan bedah siasat pada Rabu.

Jiwa SME | Pemasaran rempeyek dalam talian capai peringkat antarabangsa
Tak diduga, kudapan tradisional 'rempeyek' yang telah diinovasikan kepada pelbagai rasa telah menjana pendapatan jutaan ringgit. Itu kejayaan yang dicapai Krup Krap My International Sdn Bhd yang mula diuahakan di rumah sahaja sejak lebih 3 tahun lepas dan turut melahirkan puluhan usahawan yang sudah bergelar jutawan. Pemiliknya seorang wanita muda, graduan Universiti Teknologi Petronas Nuramalina Ahmad Baharudin bijak mengaplikasikan ilmu yang dipelajarinya semasa zaman universiti sehingga berjaya diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Sertai kerajaan hari ini bukan jalan mudah jadi PM - KJ
Berpeluang meneraju kerajaan adalah cita-cita jangka masa panjang dan bukan perkiraannya dalam langkah seterusnya yang akan diambil.

Banjir | Saintis NZ beri amaran hujan lebih lebat akibat pemanasan
Saintis New Zealand memberi amaran bahawa berdasarkan jumlah maksimum wap air di udara yang meningkat dengan suhu, potensi hujan yang melampau akan meningkat apabila iklim menjadi panas. Auckland kini mencatat rekod sebagai bulan paling lembap yang pernah berlaku.

Krisis Myanmar | Dua tahun konflik, Myanmar dikenakan sekatan lanjut
Amerika Syarikat dan sekutunya mengenakan sekatan lanjut ke atas Myanmar pada Selasa. Ia menandakan ulang tahun kedua rampasan kuasa dengan sekatan ke atas pegawai tenaga dan tentera junta Myanmar.

Seludup hidupan liar kini boleh didenda hingga RM1 juta, penjara 15 tahun
Penguatkuasaan Akta A1646 bakal menyaksikan peningkatan penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar.

'Karim' sambung khidmat bersama Sabah FC sehingga 2024
Sambungan kontrak pemain pertahanan kelahiran Korea Selatan itu disahkan pengurus pasukan, Ahmad Marzuki Nasir.

Tandukan Karim bantu The Rhinos terus hambat Harimau Selatan
Kemenangan Skuad Badak pada malam tadi membolehkannya mengumpul 25 mata daripada 12 perlawanan.

Nasib baik saya ambil sepakan itu - Tae-su
Gol gemilang pemain import dari Korea Selatan itu mencuri perhatian dunia sehingga ia turut dikongsikan FIFA dalam satu ciapan Twitter.

Gol cantik Tae-su mampu bakar motivasi pasukan - Faiz Subri
Peminat memuji jaringan 'roket' dari jarak kira-kira 35 meter itu yang disifatkan jarang berlaku dalam kancah saingan tempatan.