awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS pantau rapat situasi Zii Jia

Bernama
Bernama
09/07/2025
11:15 MYT
KBS pantau rapat situasi Zii Jia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang memantau rapat situasi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia yang sebelum ini mencetus kontroversi berhubung kesihatan mentalnya. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang memantau rapat situasi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia yang sebelum ini mencetus kontroversi berhubung kesihatan mentalnya.
Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim berkata pihaknya bersedia untuk membantu pemenang pingat gangsa Olimpik Paris 2024 itu sekiranya beliau benar mengalami masalah kesihatan mental.
"Jika Zii Jia berada dalam situasi yang mana beliau memerlukan bantuan atau sokongan, kita sangat bersedia dan kita sudah pun maklumkan dari awal bahawa kita bersedia untuk bantu.
"Jika isunya adalah soal tekanan perasaan, kita perlu beri ruang yang sebaik-baiknya kepada beliau sendiri hingga beliau bersedia untuk berkongsi," katanya.
Adam Adli berkata demikian kepada media selepas majlis Praperasmian Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) dan Prapeluncuran KBS Masters Games 2025 hari ini.
Sebelum ini, Zii Jia mencetuskan tanda tanya mengenai tahap kesihatan mental beliau apabila memuat naik hantaran gambar lukisan yang berkemungkinan mempunyai unsur kemurungan di akaun instagram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#pantau rapat situasi
#Lee Zii Jia
#badminton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan