IPOH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperhalusi cadangan pembinaan sebuah sekolah sukan khusus untuk para pelajar Orang Kurang Upaya (OKU).
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perbincangan dijangka diadakan dalam masa terdekat bagi menilai segala keperluan yang diperlukan sebelum ia dapat dimuktamadkan.
"Buat masa sekarang juga pihak KBS sentiasa mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian lain bagi membolehkan aktiviti atau program berteraskan belia dan sukan ini dapat diadakan bersama.
"Untuk kewujudan sekolah sukan ini, Insya-Allah doakan ia menjadi kenyataan sekali gus memberi inisiatif yang lebih baik kepada sukan para ini berkembang kerana mereka juga mampu mengharumkan nama negara di persada dunia," katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Latihan Memanah Para Negeri Perak di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, di sini, hari ini.
Pada 8 Sept lepas, Penaung National Alliance of Mental Health (NAMH) Senator Datuk Ras Adiba Radzi mencadangkan agar kerajaan membina sebuah sekolah sukan OKU bertujuan mencungkil pelapis dan bakat baharu secara khusus dalam bidang sukan.
Ras Adiba yang merupakan Pengerusi Bernama turut mencadangkan agar kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan meliputi fasiliti dan kemudahan mesra OKU di stadium, kompleks sukan dan padang selain menawarkan peluang kepada bekas atlet para dilantik menjadi jurulatih.
Mengulas mengenai program hari ini, Ahmad Faizal berkata ia lebih kepada sesi ramah mesra serta melihat dengan lebih dekat kemudahan padang latihan disediakan kepada 13 atlet memanah para Perak yang bakal menghadapi temasya Para Sukma 2022.
Selain itu, pihaknya turut menyumbangkan kit sanitasi kepada beberapa wakil kontinjen para negeri melibatkan sukan memanah, tenpin boling, powerlifting, catur dan renang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
Pihak KBS sentiasa mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian lain bagi membolehkan aktiviti atau program berteraskan belia dan sukan ini dapat diadakan bersama. - Bernama
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Isu judi dalam talian antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Persoalan mengenai langkah membendung perjudian dalam talian akan diajukan Noorita Sual kepada Menteri Dalam Negeri.
KBS pertimbang cadangan bina sekolah sukan OKU
Perbincangan dijangka diadakan dalam masa terdekat bagi menilai segala keperluan yang diperlukan sebelum ia dapat dimuktamadkan.
Sukan Olimpik Tokyo: Azreen Nabila sebak tunai hajat arwah bapa
Perasaan bercampur baur selepas merealisasikan harapan arwah bapa yang mahu Azreen menjadi wakil negara.
Sidang DUN Sarawak: SMK Demak Baru dicadang sebagai Sekolah Sukan Malaysia
Walau bagaimanapun, ia masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Skuad bola sepak Perlis sah ke Sukma Perak
PFA mendapat tajaan utama pada saat akhir, sekali gus membolehkan pemain-pemain muda Perlis beraksi dalam saingan di Padang Majlis Perbandaran Manjung yang bermula 9 hingga 19 Sept ini.
SSNS SMK Za'ba 'kilang' lahir pelajar serba boleh
Sekolah yang ditubuhkan pada 1962 ini pada asalnya menempatkan murid yang gagal dalam peperiksaan Darjah 6, bagi memberi peluang kepada mereka yang tercicir untuk mendapat kemahiran asas.
Cadang wujudkan sekolah sukan di Kedah - Mahdzir
Kementerian Pendidikan berhasrat mewujudkan Sekolah Sukan Malaysia di Kedah bagi kawasan utara bagi meningkatkan mutu sukan dan merealisasikan agenda pembentukan negara sukan.