KUCHING :Kerajaan negeri Sarawak bercadang untuk menaik taraf Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Demak Baru di Kuching sebagai Sekolah Sukan Malaysia (SSM).
Menurut Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapa'ee, perancangan itu akan dilakukan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Ujarnya, langkah ini bertepatan memandangkan Sarawak telah berjaya melahirkan beberapa nama besar dalam arena sukan antarabangsa.
“Kerajaan negeri menerusi KBS telah mencadangkan kepada KPM untuk menukar atau menaik taraf SMK Demak Baru menjadi SSM kerana berhampiran dengan fasiliti-fasiliti sukan,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Selasa.
Beliau memberi contoh, pemilihan lokasi sekolah berkenaan adalah sesuai memandangkan sekolah itu berada tidak jauh dari Stadium Negeri, Pusat Akuatik Pandelela Rinong dan Akademi Memanah Tertutup Kuching. Ini justeru memudahkan lagi segala aktiviti latihan para atlet dan pelajar.
Walau demikian, jelas beliau, untuk membina atau menaik taraf sesebuah sekolah menjadi Sekolah Sukan Negeri (SSN) mahupun SSM, perlu kelulusan daripada KPM terlebih dahulu.
"Sehingga kini, pihak KPM masih belum memberi jawapan kepada cadangan tersebut," katanya sebagai menjawab soalan dikemukakan See Chee How (PSB-Batu Lintang) dalam persidangan yang sama.
Jelas beliau, setakat ini terdapat lima SSM di seluruh negara iaitu masing-masingnya satu di Sabah, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Johor.
Sebuah lagi SSM iaitu di Perlis sedang dalam proses pembinaan, tambahnya.
Beliau memberitahu, dengan adanya sekolah berkenaan di Sarawak, lebih ramai lagi bakat sukan tempatan dapat dicungkil serta diberi peluang mewakili negara dalam kejohanan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Astro Awani
Tue Nov 10 2020

Langkah itu bertepatan untuk melahirkan lebih ramai lagi atlet sukan tempatan yang mampu bersaing dalam kejohanan antarabangsa. -Gambar Astro AWANI

5 perkara penting kenyataan media harian PKP/PKPB - 27 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan / Bersyarat (PKP/PKPB) hari ini.

Laporan Khas | APMM: Selat Melaka 'laluan utama' PATI
Perairan Selat Melaka menjadi laluan air utama bagi pendatang tanpa izin menceroboh negara ini. Pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terus giat melakukan Operasi Khas Belangkas dan Benteng Laut bagi memastikan kedaulatan maritim negara terus terpelihara.

Agenda AWANI: COVID-19 | PdPR dalam talian, cabaran dan solusi
Cara pembelajaran berubah sama sekali akibat COVID-19. Agenda AWANI akan memfokuskan topik hangat ini dalam satu sesi dialog bersama tiga panelis daripada bidang pendidikan. Diskusi Nazri Kahar mengenai PdPR dalam talian, cabaran serta solusi ketika pandemik jam 830 malam ini di saluran 501 dan astroawani.com.

Tahun Baharu Cina: Penduduk akur saranan kerajaan
Saranan Kerajaan China agar penduduk tidak keluar dari kawasan masing-masing sempena cuti Tahun Baharu Cina tahun ini menyaksikan tempahan hotel di pinggir bandar naik mendadak. Antara yang menyaksikan kenaikan signifikan ialah hotel di pekan Gubei di pinggir Beijing.

Pemulihan sektor perindustrian China kekal mapan
Sektor perindutrian China mengekalkan pemulihan mapan walaupun mencatatkan kejatuhan 8.4 peratus bagi suku pertama 2020. Prestasi sektor berkenaan kembali meningkat pada suku selebihnya bagi tahun 2020.

Vaksin COVID-19 | Ribuan petugas kesihatan Nepal mula terima vaksin
Ribuan petugas kesihatan di Nepal, berbaris menunggu giliran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Rabu. Program vaksinasi kepada petugas barisan hadapan itu bermula ketika negara itu melancarkan kempen yang menyasarkan kesemua rakyatnya disuntik vaksin dalam masa tiga bulan.

Gunung berapi | Gunung Merapi muntahkan lava terbesar
Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Gunung Merapi sekali lagi meletus pada Rabu dengan menghamburkan debu, selain aliran lava sepanjang 1,500 meter ke lereng gunung.
![[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (27 Jan 2021) [INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (27 Jan 2021)](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1887443/8967789641611753111819_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Trend statistik kes harian COVID-19 Malaysia (27 Jan 2021)

Bicara Anak Muda | Perkasakan institusi semak dan imbang bagi banteras rasuah
Selain COVID-19, ini satu lagi virus yang membimbangkan di negara kita gejala rasuah! Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi Siri Bicara Anak Muda anjuran Majlis Profesor Negara, mendedahkan realiti berhubung gejala rasuah yang beliau alami sewaktu menjadi sebahagian daripada kerajaan selama 22 bulan amat parah, dan memerlukan pendekatan lebih agresif.

Bicara Anak Muda | Rakyat dan pemimpin harus berganding bahu hapuskan budaya rasuah
Seorang lagi panelis Siri Bicara Anak Muda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berpendapat, biarpun usaha membanteras rasuah perlu dimulakan oleh pemimpin, namun rakyat juga mempunyai peranan yang sama. Ketua Pemuda UMNO itu berkata, dalam usaha menanam sifat integriti, ia perlu bermula di rumah sebagai ketua keluarga, dalam kalangan ahli keluarga, dan seterusnya masyarakat sekeliling.

Sidang DUN Sarawak: SMK Demak Baru dicadang sebagai Sekolah Sukan Malaysia
Walau bagaimanapun, ia masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).