awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS serah geran RM30,000, bantu cungkil bakat baharu sukan catur

Bernama
Bernama
29/01/2023
15:29 MYT
KBS serah geran RM30,000, bantu cungkil bakat baharu sukan catur
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melakukan gimik sekaligus merasmikan majlis penutup Kejohanan Catur Skolastik Kebangsaan Agrobank 2023 di Pusat Latihan Agrobank, Bangi hari ini. - Foto BERNAMA
KAJANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyerahkan geran berjumlah RM30,000 kepada Persekutuan Catur Malaysia (MCF) untuk terus menganjurkan pertandingan di peringkat akar umbi bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu yang mampu menggalas cabaran negara di peringkat antarabangsa.
Menterinya Hannah Yeoh, berkata geran berkenaan merupakan yang pertama diberikan pihaknya sejak dilantik memegang portfolio itu kira-kira sebulan lepas dan berjanji untuk sentiasa komited membantu industri sukan di negara ini.
"Saya harap MCF meningkatkan penganjuran aktiviti dan bekerjasama dengan pihak sekolah untuk promosi sukan catur terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana ia melibatkan (penyertaan) semua jenis kaum, selain ibu bapa daripada pelbagai negeri yang sentiasa komited memberi sokongan kepada anak mereka.
"Sebenarnya MCF merupakan sukan pertama menerima geran daripada kami, jadi kami berharap sumbangan kecil daripada KBS ini dapat membantu mereka terus bergerak maju selepas ini," katanya selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Catur Kebangsaan Peringkat Sekolah di Pusat Latihan Agro Bank di sini hari ini.
Kejohanan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas itu melibatkan penyertaan kira-kira 400 pelajar dari seluruh negeri dalam enam kategori iaitu bawah 7 tahun (B-7), B-9, B-11, B-13, B-15 dan B-17.
Sementara itu, Presiden MCF, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berterima kasih atas dana yang diberikan KBS kerana peruntukan tersebut dapat membantu membangunkan sukan catur di Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#KBS
#Persekutuan Catur Malaysia
#Hannah Yeoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan