awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/12/2024
11:06 MYT
KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT
KBS mempunyai dasar yang jelas dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku melulu atau ganas daripada atlet mahupun peminat. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) masih belum menerima laporan lengkap berhubung punca pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan, tengah malam tadi.
Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim menegaskan, pihaknya mempunyai dasar yang jelas dan tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tingkah laku melulu atau ganas daripada atlet mahupun peminat.
"KBS memahami peminat mungkin menjadi emosional pada waktu-waktu tertentu dan menghargai semangat itu, namun itu bukan alasan untuk sebarang tindakan melampaui batas," katanya dalam ciapan di X di sini, pada Sabtu.
We have yet to receive any full report on the incident, as to whether or not it is related to or caused by the match played last night. However, we hope that every fans out there will always maintain the true spirit of Ekor Harimau Malaya, who are widely regarded as some of the https://t.co/d5qIns0X0J
— Adam Adli (@AdamAdli) December 21, 2024
Adam Adli yang juga Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu menyeru semua peminat sukan agar sentiasa menjunjung semangat kesukanan dan menunjukkan rasa hormat kepada semua pihak.
"Sebagai penyokong, kita mesti menjadi contoh yang positif," tambahnya.
Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan pihaknya sudah membuat satu laporan polis berhubung insiden itu bagi memastikan pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas kesemua pelaku.
Menurutnya, insiden yang berlaku membabitkan sekumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, Laluan Ampang - Sri Petaling sekitar jam 12 tengah malam Jumaat itu mengakibatkan kerosakan pada kemudahan di stesen serta bahagian pintu dan cermin tingkap tren yang berada di platform.
Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan semasa kejadian tersebut.
Topic Berkaitan
#Kementerian Belia dan Sukan
#insiden pergaduhan
#peminat bola sepak
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan