awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDA FC umum Shahrul Samsudin pangku tugas CEO

Bernama
Bernama
02/02/2024
10:08 MYT
KDA FC umum Shahrul Samsudin pangku tugas CEO
Shahrul (foto) diamanahkan untuk memangku jawatan CEO KDA FC sehingga satu tempoh lantikan Ketua Pegawai Eksekutif baharu diumumkan. -Gambar fail/FB Persatuan Bola Sepak Kedah
ALOR SETAR: Lembaga Pengarah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) hari ini memutuskan Ketua Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan KDA FC Shahrul Samsudin, memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif pasukan bola sepak itu.
KDA FC dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu, bertujuan melancarkan pentadbiran dan urusan semasa kelab selepas Khamal Idris Ali meletakkan jawatan tersebut.
"Shahrul Samsudin, Ketua Pegawai Operasi, Teknikal dan Pertandingan KDA FC, diamanahkan untuk memangku jawatan Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC sehingga satu tempoh lantikan Ketua Pegawai Eksekutif baharu diumumkan," menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook KDA FC hari ini.
Semalam, KDA FC mengumumkan Khamal Idris meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, setelah empat tahun menabur bakti bersama kelab itu.
Menurut KDA FC, perletakan jawatan itu disebabkan Khamal Idris mahu memberi tumpuan pada perniagaannya, selain untuk memberi peluang kepada individu berkelayakan dan berkemampuan mengemudi kelab berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDA
#CEO
#Shahrul Samsudin
#Khamal Idris Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan