Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melihat kepincangan menjelang pertemuan Barca-Malaysia sebagai memalukan reputasi negara.
Ini kerana FAM dan penganjur yang membuat keputusan mengenai lokasi itu sudah mengetahui keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berikut adalah kenyataan penuh Khairy yang dimuat naik di Facebook:
Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri.
Ramai yang tanya tentang keputusan FC Barcelona untuk minta perlawanan mereka menentang pasukan kebangsaan dipindah dari Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ke Stadium Shah Alam disebabkan kualiti padang yang tidak memuaskan.
Perkara ini sudah pasti memalukan reputasi negara dan menimbulkan kesulitan pada penyokong-penykong yang telah membeli tiket.
Untuk makluman semua, saya telah melawat SNBJ pada bulan pertama saya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan. Saya sendiri melihat keadaan padang yang agak teruk. Saya juga telah mengarahkan Perbadanan Stadium Malaysia untuk menutup SNBJ pada bulan OKTOBER selepas perlawanan akhir Piala Malaysia selama enam bulan untuk membolehkan kerja-kerja meletakkan padang baru dibuat sebab padang lama sudah tidak boleh diselamatkan. Keputusan saya mendapat liputan luas dalam media arus perdana dan media sosial.
Saya tidak minta SNBJ ditutup lebih awal disebabkan beberapa acara yang telahpun penganjurnya membuat segala persiapan untuk diadakan di SNBJ termasuk beberapa konsert. FAM juga kekal dengan keputusan untuk mengadakan perlawanan akhir Piala Malaysia di SNBJ.
Perlawanan antara FC Barcelona dan pasukan kebangsaan adalah usaha sama antara FAM dan pihak agen yang menganjurkan tour FC Barcelona ke Malaysia. Mereka dipertanggungjawabkan untuk membuat segala persiapan termasuk pilihan padang. Pihak penganjur bagi tour Chelsea FC contohnya telah memilih Stadium Shah Alam, bukan SNBJ untuk perlawanan Chelsea menentang pasukan kebangsaan baru-baru ini. Dalam kes FC Barecelona, keputusan awal untuk mengadakan perlawanan mereka di SNBJ dibuat oleh pihak penganjur dan FAM.
Jadi disini saya selaku Menteri yang bertanggungjawab keatas SNBJ sekali lagi memberi penjelasan bahawa saya juga tidak puas hati dengan padang SNBJ dan saya telah bertindak untuk mengarahkan SNBJ ditutup pada bulan Oktober supaya padangnya dapat diganti.
Keputusan untuk mengguna SNBJ dengan keadaan padang yang sedia ada adalah keputusan pihak penganjur yang sepatutnya sudah tahu tentang keadaan padang dan juga keputusan saya bahawa padang hanya akan diganti pada bulan Oktober nanti. Lembaga Perbadanan Stadium Malaysia telahpun bermesyuarat beberapa minggu lepas untuk menentukan prosedur tender untuk padang baru.
Walauapapun, saya bersimpati dengan ribuan penyokong yang terpaksa mengubah perancangan mereka malam ini. Saya harap mereka masih lagi dapat menyaksikan perlawanan yang hebat.
Majulah sukan untuk negara dan majulah padang baru SNBJ bermula Oktober.
Astro Awani
Sat Aug 10 2013
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
Rajagobal puji aksi Harimau Malaya walaupun gagal sekat Barcelona
Datuk K. Rajagobal memuji corak permainan yang ditunjukkan anak didiknya walaupun skuad Harimau Malaysia kalah kepada Barcelona FC.
'Keadaan padang yang agak teruk' - Khairy
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin tidak puas hati dengan padang Stadium Nasional Bukit Jalil dan memalukan reputasi negara.
Pertukaran stadium - Kenapa tidak diputuskan lebih awal?
Ramai berpendapat bahawa isu kualiti rumput menjadi penyebab pertukaran stadium namum kenapa ia tidak diputuskan lebih awal dari tarikh perlawanan?
Perlawanan Malaysia XI lawan Barcelona FC di Stadium Shah Alam
Perlawanan Malaysia XI menentang kelab tersohor Sepanyol, Barcelona FC akan berlangsung di Stadium Shah Alam dan bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil.