SPORTS
Kecederaan bahu Aaron punca gagal di Eropah, kini sudah pulih - Herry Iman

Menurut Herry (kanan), Aaron pulih sepenuhnya dari kecederaan bahu yang menjejaskan prestasi mereka di kejohanan Eropah sebelum ini. - Foto Stadium Astro
KETUA jurulatih skuad beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi, berkata gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kini sudah mampu untuk mengekalkan corak permainan yang diterapkan sewaktu latihan sehingga berhasil menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China malam tadi.
Ringkasan AI
- Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjuarai Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, menamatkan kemarau gelaran Malaysia sejak 2007.
- Aaron pulih sepenuhnya dari kecederaan bahu yang menjejaskan prestasi mereka di kejohanan Eropah sebelum ini.
- Mereka berjaya mengekalkan corak permainan yang diterapkan sewaktu latihan, dengan bantuan input dan pandangan jurulatih Herry Iman Pierngadi.
Herry berkata kegagalan itu berpunca daripada tahap kecergasan Aaron, yang mengalami kecederaan bahu sepanjang tempoh berkenaan, tetapi menegaskan keadaan itu kini sudah pulih sepenuhnya dan gandingan itu sudah boleh menunjukkan corak permainan sebenar mereka.
"Kalau dilihat dalam set pertama, perancangan permainan mereka sudah berjalan dengan baik walaupun kedudukan mata saling kejar-mengejar," katanya kepada BAM TV.
"Dalam set kedua, pemain China mengubah cara permainan dan Aaron dan Wooi Yik terikut-ikut dengan cara itu.
"Selepas itu, saya memberikan input dan pandangan supaya mereka mengubah cara permainan mereka agar tidak mengikut cara lawan dan hanya mengekalkan cara yang ditetapkan sewaktu latihan.
"Mereka kemudian mengubah situasi itu dan berjaya.
"Jika di Eropah lalu, memang kita tidak berjaya tetapi kegagalan itu adalah kerana pada waktu itu, khususnya sewaktu Seluruh England, Aaron mengalami kecederaan di bahunya, jadi dia tidak dapat bermain dengan maksimum.
"Selepas pulang dari England, kami melakukan terapi dan memulihkan kecederaannya secara perlahan-lahan.
"Saya memberikan mereka sedikit motivasi untuk melupakan perkara yang sudah berlalu dan bersedia sepenuhnya untuk BAC," katanya. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami