awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah juara Piala Malaysia, penyokong bangga dalam sebak

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
31/10/2016
02:34 MYT
Kedah juara Piala Malaysia, penyokong bangga dalam sebak
Lang Merah berhak di atas kejayaan itu berdasarkan prestasi cemerlang sepanjang musim 2016.
PASUKAN Kedah menjulang trofi berprestij Piala Malaysia dalam satu perlawanan penuh dramatik yang berlangsung lebih 120 minit pada Ahad.
Hakikatnya, Lang Merah berhak di atas kejayaan itu berdasarkan prestasi cemerlang sepanjang musim 2016.
Kali terakhir mereka memenangi Piala Malaysia adalah pada tahun 2008.
Peningkatan yang dipamerkan Kedah bukan dibina sehari dua, sebaliknya pasukan yang pernah melalui zaman suram tersingkir ke Liga Perdana selama tiga musim itu mendaki tangga kejayaan satu demi satu.
BACA: Misi bawa trofi Piala Malaysia ke bumi Kedah terlaksana
BACA: Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016
Bermula tahun 2014, langkah mereka di Piala Malaysia tersekat di separuh akhir. Tahun lalu, mereka 'underdog' yang terpaksa akur dengan kehebatan Selangor.
Namun tahun ini, skrip berbeza apabila Piala Malaysia akan diarak pulang ke Alor Setar dengan megah.
Justeru, tidak hairanlah kejayaan ini diraikan dengan penuh kebanggaan oleh seluruh rakyat negeri Kedah.
Majoriti menyifatkan segala penat-lelah dan suka duka yang dilalui mereka dan pasukan kesayangan mereka selama ini berbaloi.
A: Asal mana? B: KEDAH A: Kenapa muka tak macam orang kedah pun B: Takkan nk tnjuk piala malaysia bru nmpk macam orang kedah.. /p>— FIR(@FadzilIkhwan) October 31, 2016
Tudiaaa semangat baq hang masuk office pagi nk semua sembang pasai Kedah menang
— Atikah Ahmad (@cik_tyka) October 31, 2016
Kenapa muka tak macam orang kedah? Dah tu takkan nak letak PIALA MALAYSIA ataih kepala baqhu nak nampak oghang kedah?! �pic.twitter.com/YdkVL6jXIj
— Naa (@ansxrinaa) October 31, 2016
Nasi lemak hijau kuning dlu #teamkedah pic.twitter.com/7OtUo0MxLW
— Puff.KEDAH MENANG (@Arifah_Putra) October 31, 2016
Kedah pantang kalah, walau sakit jatuh dan rebah. Bangun lantas semula gagah bujur lalu melintang patah.
— PaitJr (@JrPait) October 31, 2016
Tahniah kedah!! Yeahh tak sia sia ceq bersengkang mata sampai penalty tengok angpa semua main tauuu. terboekkkkk #teamkedah
— Mimie. (@AzharSyamimie) October 31, 2016
Ada bro sebelah izzat menangis lepas kedah menang smlam..respect gila!
— Nazmi (@nazmisyah) October 31, 2016
Antara nama yang kerap disebut adalah jurulatih Tan Cheng Hoe, atas jasanya membawa Kedah kembali ke landasan yang sepatutnya.
Biarpun kerap dikritik ketika di peringkat awal memulakan tugas, namun bekas pemain Kedah itu tidak tergugat sebaliknya kekal fokus dengan tanggungjawabnya.
Salute this man and his team . Bawa kedah naik liga , dan tempat ke 3 dalam liga season ni. Two time final and now he deserved it . pic.twitter.com/nVndKC7I8w
— medai (@AfiqMifdhal) October 30, 2016
Coach Tan Cheng Hoe ni lah kunci utama kejayaan Kedah. Dia bawa dari liga premier slow slow sampai menang mlm ni. Respect & salute! /p>— Amin Faiz (@aminfaiz10) October 30, 2016
With that, Kedah head coach Tan Cheng Hoe has done so, with professionalism & loyalty to the team, no doubt. pic.twitter.com/IM14F9ODRY
— Padang Bola Sepak (@padangbolasepak) October 30, 2016
Terima kasih Kedah dan Tan Cheng Hoe /p>— Lipas Terbang (@PalyRodzi) October 30, 2016
Kedah menewaskan Selangor 6-5 menerusi sepakan penalti, untuk dinobatkan juara edisi ke 90.
Topic Berkaitan
#Kedah
#Piala Malaysia
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan