awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL

Astro Arena
Astro Arena
08/03/2024
04:25 MYT
Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL
Datuk Stuart Ramalingam, berkata pihaknya menyedari usaha Kedah dan KL City untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji. - Gambar fail
BADAN penganjur, Liga Bolasepak Malaysia (MFL), tidak menafikan keperluan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City untuk terus berada dalam saingan Liga Super 2024-25.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam, berkata Kedah dan KL City ketika ini menunjukkan kesungguhan mereka dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji.
MFL memberikan peluang untuk kedua-dua pasukan itu menyelesaikan separuh daripada jumlah keseluruhan tunggakan sebelum atau pada 15 Mac ini, dan menyelesaikan keseluruhan tunggakan sebelum atau pada 29 Mac ini.
"Kita kena faham dari segi pesalah kali pertama iaitu Kedah.
"Mereka mungkin berada dalam situasi yang mereka tidak inginkan tetapi harap-harap mereka dapat menyelesaikannya.
"Saya bercakap dengan CEO mereka hampir setiap hari dan mereka amat berusaha untuk menyelesaikan perkara ini.
"Saya fikir daripada kiriman yang dilakukan Kedah juga dapat dilihat pergerakan itu sudah ada, KL City juga sudah menampakkan pergerakannya.
"Kita mengharapkan sesuatu yang positif daripada kedua-dua kelab ini kerana kedudukan mereka amat penting dalam Liga Malaysia.
"Kami harap ia dapat diselesaikan secepat mungkin dan isu tunggakan gaji ini dapat diselesaikan sebelum bermula liga tahun ini," katanya. - Stadium Astro
Dapatkan liputan dan kedudukan terkini Liga Super di sini
Topic Berkaitan
#Kedah
#KL FC
#isu tunggakan gaji
#Liga Super
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan