awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah optimis tiada lagi isu tunggakan gaji pemain - Sanusi

Bernama
Bernama
16/12/2021
12:40 MYT
Kedah optimis tiada lagi isu tunggakan gaji pemain - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata penghijrahan keluar beberapa pemain yang memperoleh gaji tinggi sebelum ini, akan membantu KDA FC mengurangkan bajet pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) optimis pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, tidak akan dibelenggu dengan isu tunggakan gaji pemain pada musim depan seperti yang dihadapi musim ini.
Presidennya Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata penghijrahan keluar beberapa pemain yang memperoleh gaji tinggi sebelum ini, akan membantu KDA FC mengurangkan bajet pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.
"Kos yang mahal adalah (pembayaran) gaji (pemain), yang kita tak mampu dan berhutang (sebelum ini) adalah disebabkan gaji, kalau gaji mampu bayar semua tidak ada masalah.
"Ada pasukan belanja tak sampai RM12 juta atau RM13 juta, tapi kedudukannya dalam Liga Super baik. Untuk gaji pemain saya harap kita dalam lingkungan yang mampu kita cari (dana), bila ia berada dalam lingkungan yang sukar dicari itu jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Kongres KFA ke-46 di sini hari ini.
Menurutnya, KDA FC meletakkan bajet pasukan maksimum RM22 juta bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022, berbanding sekitar RM30 juta pada musim ini.
Muhammad Sanusi menjelaskan KDA FC sebenarnya tidak menghadapi masalah mendapatkan dana bagi membayar gaji pemain pada musim ini, namun masalah timbul apabila pasukan dibebani dengan hutang lama sekali gus memberi kesan kepada gaji pemain.
Dalam pada itu, beliau berkata KFA akan mewujudkan liga tempatan yang dinamakan sebagai K-League 2022, dan bercadang menganjurkan enam kejohanan bagi memeriahkan kembali acara bola sepak di negeri ini pada tahun depan.
Katanya, enam kejohanan itu ialah Piala Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, Piala Menteri Besar Kedah, Piala KFA, Kedah Grassroot League B-12, Liga Futsal Kedah dan Langkawi International Beach Soccer.
"Enam kejohanan ini akan menyemarakkan bola sepak Kedah selepas suram dua tahun akibat pandemik COVID-19. Saya berjumpa dengan beberapa pihak yang berminat menaja kejohanan tersebut, dan Alhamdulillah beberapa syarikat bersetuju untuk menjadi penaja yang akan dimuktamadkan beberapa hari lagi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KFA
#Kedah
#KDA FC
#persatuan bola sepak kedah
#isu tunggakan gaji
#Muhammad Sanusi Md Nor
#Liga Malaysia
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan