awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier

Bernama
Bernama
01/08/2024
16:03 MYT
'Kehangatan' Paris tak ganggu fokus Azeem hadapi perlumbaan terbesar dalam karier
Selepas menjalani beberapa sesi latihan di Centre Sportif de l'Ile de Vannes sejak tiba di Paris, Isnin lepas, Azeem memaklumkan semua perkara berjalan lancar. - Bernama
KUALA LUMPUR: Jaguh pecut negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi sedang menyesuaikan diri dengan baik di bumi Paris menjelang penampilan sulungnya di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dalam acara 100 meter (m) di Stade de France, Sabtu ini.
Selepas menjalani beberapa sesi latihan di Centre Sportif de l'Ile de Vannes sejak tiba di Paris, Isnin lepas, atlet berusia 20 tahun dari Perak itu memaklumkan semua perkara berjalan lancar.
"Keseluruhan kondisi dekat sini 100 peratus baik selepas beberapa sesi. Bukan perkara besar dengan keadaan cuaca dan segalanya tetapi tidak mahu menonjol sampai ke hari pertandingan sebab tak nak buat sesuatu di luar rutin.
"Kami hanya mahu kekal momentum sampai hari perlumbaan...semoga semua berjalan lancar. Cuaca dekat sini okay...tidak banyak beza dengan Malaysia, keadaan berangin sedikit dan panas semalam," kata pemegang rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09 saat (s) itu menerusi klip audio yang dikongsikan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di sini pada Khamis.
Menurut pemenang pingat gangsa 100m Sukan Asia Hangzhou 2022 itu, beliau dan pasukannya akan terus memberikan tumpuan kepada rutin latihan dan usaha yang telah dilakukan sebelum ini dalam baki hari sebelum perlumbaan.
"Daripada apa yang jurulatih cakap dekat saya...masa ini hanya fokus dan melakukan terbaik dan tidak mencuba sesuatu yang berbeza...malah tumopu kepada apa yang dilakukan sepanjang tahun ini.
"Mudah-mudahan jika saya tenang maka hasilnya adalah baik," katanya yang melakukan catatan musim terbaik setakat ini 10.24s di Amerika Syarikat, April lepas.
Azeem bertanding di Paris 2024 menerusi tiket wild card sekali gus menamatkan penantian selama 24 tahun untuk melihat kelibat pelari pecut Malaysia dalam acara 100m lelaki sejak kali terakhir dilakukan legenda Sarawak,Watson Nyambek pada edisi Sydney 2000.
Watson merupakan atlet yang membuat dua penampilan di Olimpik dalam acara sama termasuk edisi Atlanta 1996 sementara seorang lagi bekas jaguh pecut negara dan Asia Tenggara Nazmizan Muhammad hanya membuat kemunculan dalam acara 200m pada edisi 2004 Athens.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Olimpik
#Paris 2024
#Muhammad Azeem Mohd Fahmi
#jaguh pecut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan